Travelog Aceh 2013

Alhamdulillah. Hari ni 26/12/2013 genap 9 tahun peristiwa gelombang tsunami “memutihkan” bumi Aceh dan tempiasnya juga memusnahkan pesisir Pulau Pinang dan Kedah. 

Hampir seminggu juga aku meninggalkan jejak di kota serambi Mekah itu. Misi kemanusiaan 5 hari di sana membuka dimensi yg berbeza dlm diri aku, dan mungkin juga pada 17 rakan kelas yg berjuang bersama-sama di sana.

Misi Kemanusiaan di Aceh 







Kami menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di sini. Bagi penghuni yang sudah dewasa, kebanyakan mereka ialah tahfiz dan lepasan pasantren sebelum menyambung pengajian ke universiti. Kelak merekalah yg menyumbang kembali kpd rekonstruksi Aceh. 




Kampung Lampulo, Kapal PLTD Apung 1 dan Muzium Tsunami






Tak dinafikan, dulu maksiat berleluasa, pemerintah korupsi dan perang GAM tercetus demi keadilan. Tapi ada terselit hikmah di balik musibah yg Allah turunkan. Kini Aceh berwajah baru, negara Islamiyah cuba dibangunkan. 


Waktu solat sentiasa dijaga sehingga kedai ditutup setiap waktu solat lalu masjid diimarahkan. Mungkin juga satu teguran buat muslimin bila staf hotel mengadu pada cikgu yg mereka tak turun solat Subuh berjemaah di surau hotel.

Bak kata satu signage di tengah kota, “Negara Aman, Ibadah Nyaman."

Pulau Weh, Sabang








Kami bermalam di Pulau Weh, Sabang. Allah beri nikmat tak terhingga; peluang utk merasa indahnya ciptaanNya. Pertama kali merasa seakan-akan ikan dan terumbu karang bermain-main di hujung jari semasa snorkeling. 

Dalam rancak bercerita tentang mitos dan lagenda pulau di Aceh; durian dan lele (ikan keli) keramat, ada satu perkara yg membuatkan aku tersenyum sendiri. Gelaran haji dan hajjah sebenarnya dilabelkan org Belanda kpd penduduk Aceh, yg pada waktu jajahan mereka itu hanya mereka yg ingin ke Mekah sahaja dibenarkan utk keluar daerah.



Kredit gambar kepada Aqila Insyirah, Wani Hatta dan Azira Aripin.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. subhanallah. cemburu. indah!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. sangat. inshaaAllah. ada rezeki, Allah sampaikan akk ke sana :D

    BalasPadam
  3. Muslimin tak turun subuh? Deh, kena basuh betul2 roommate aku nih. -_-"

    BalasPadam

Close Menu