2 Menu Ringkas Legakan Selsema Anak

Bila anak demam dan selsema, mak-mak confirm susah hati kan. Adam hilang selera makan juga, dalam masa yang sama kena makan untuk ada tenaga nak sembuh. So aku cari resipi dalam group Facebook Happy Baby Foods Malaysia. 

Untuk anak 6 bulan ke atas, kita tackle bab pemakanan. Mostly cadangkan singo pear. Khasiat singo pear ni boleh melegakan selsema sebab ia kaya dengan Vitamin C, Vitamin K dan copper. Bagus juga bila anak tengah sembelit. Hat tu pakai pear biasa pun boleh. Aku beli di Aeon Big dan Econsave. Rasanya tak susah nak cari buah ni sebab cukup terkenal dalam kalangan orang Cina. 

2 Menu Ringkas Legakan Selsema Anak


Sup ayam singo pear

Bahan:

  • Bawang merah 
  • Bawang putih 
  • Halia 
  • Rempah 4 sekawan/sup bunjut
  • Ayam 
  • Singo pear 
  • Sayur hijau

Cara-cara:

Tumis bebawang dan rempah sehingga garing dan wangi. Masukkan ayam dan singo pear yang dipotong kecil. Masukkan lada sulah sedikit. Letak air dan reneh sampai masak. Letak daun sup/sayur hijau kalau ada. Boleh hidang bersama nasi, mee atau pasta mengikut selera anak.

Teh Herba 

Bahan:

  • Kurma merah 
  • Longan kering 
  • Goji berry
  • Barli
  • Singo pear dipotong dadu

Cara-cara:

Rebus semua bahan di atas di dalam periuk berisi air sehingga empuk dan bertukar warna. Hidang bila dah sejuk. Boleh disimpan di dalam peti ais, sekurang-kurang 3 hari sahaja. 

Baca juga: Ubat sakit gigi

Makanan pantang waktu selsema 

Jika masih tidak sembuh, untuk sementara waktu boleh pantang makanan yang hasilkan lebih banyak hingus seperti produk tenusu, gluten dan makanan berminyak. Lebihkan sayur dan buah-buahan dalam diet seharian anak. Buah boleh dijadikan aiskrim sebab lebih melegakan tekak. Jangan risau sebab makanan sejuk bukanlah penyebab selsema. Adam suka jambu batu, tak masam sangat macam limau tapi lebih tinggi Vitamin C. 

Bila anak sakit dan fasa selepas sembuh memang kurang selera. Seperti orang dewasa juga, lidah mungkin terasa kering atau pahit. Jadi jangan putus asa untuk bagi anak makan. Jika anak makan sedikit, kerap offer makanan selang 2-3 jam sekali. Ada juga yang masakkan comfort food anak seperti bubur ala McD. Kalau Adam pula memang suka kentang, jadi aku akan buatkan wedges atau mashed potato. Tak semestinya makan nasi, jagung pun boleh jadi pengganti. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu