Sekarang ni musim hujan kan, musim sakit juga (influenza). Aku tanya kawan MO bila Adam boleh ambil vaksin influenza, dia bagitahu tunggu 2 tahun nanti. Ambil bulan 6 sebab hujung tahun dah start musimnya. Baru-baru ni Adam demam dan selsema. Dalam masa yang sama nak tumbuh gigi! Memang sakit la kan. Serentak 2 batang gigi kacip kedua, atas dan bawah nak keluar.
Apa nak buat bila anak bawah 2 tahun demam
Cara kawal demam
Adam demam waktu tu suhu 37.5'C plus plus, tak sampai 38'C lagi. Aku bawa pergi klinik swasta, doktor check paru-paru tak ada apa-apa yang mencurigakan. Dibekalkan dengan paracetamol, ubat selsema dan antibiotik. Tapi aku guna paracetamol sahaja untuk redakan demam. Sambil tu pakai Cool Fever dan tuam badan Adam.
- Tuam (tepid sponging)
- Kerap mandikan anak
Baca juga: Ulser mulut bayi
Cara buang hingus
Part selsema ni memang tricky sikit. Adam memang sampai tak boleh tidur dan tantrum sebab hidung tersumbat. 2 hari juga la tidur tak cukup. Caranya memang kena keluarkan hingus tu. Jangan guna mulut pula untuk sedut, lagi bercampur kuman-kuman semua. Guna sterimar dan nasal aspirator.
- Sterimar - Kandungan dia ialah air laut 100%, guna saline water pun boleh. Letak nozel ke dalam hidung bayi dan picit air untuk cairkan hingus.
- Nasal Aspirator - bila dah sembur dengan Sterimar, sedut hingus guna ni pula. Tekan dulu baru letak dekat hidung. Anak memang akan menangis, tapi prosedur ni sekejap saja dan melegakan.
- Selain tu aku suka pakai produk Tasneem Naturel, CF Bath dan CF Rub ni. Balm sapu dekat dada, bagi lega. Mana-mana balm/minyak pun boleh.
Kesimpulan
Baca juga resipi legakan selsema anak
0 Ulasan