Review Tempat Makan Western di Kluang

Hi guys. Aku nak buat sedikit review ringkas tentang beberapa restoran sekitar Kluang yang menyajikan masakan Western. Aku letak link Facebook dan lokasi sekali.  Waktu lepas kerajaan umum boleh dine-in memang laju aku serbu kedai makan. Tekak pula teringin nak makan western.

Tempat Makan Western Kluang

Leezo

Alamat: 260, Jalan Kurnia Satu, Taman Kurnia, 86000 Kluang, Johor https://goo.gl/maps/ikiRLm4a6s34BXtP7
Waktu operasi: 4.00 petang hingga 11.00 malam 
Rate
  • Makanan : 7/10
  • Suasana : 8/10
  • Servis: 7/10
  • Harga : 8/10
Chicken Grill Nasi Goreng RM15.90, sos black pepper sedap. Ayam juicy, nasi goreng nice. 
Premium Leezo Burger Beef 2 Patty RM24.90. Suami suka beef burger ni lagi juicy berbanding ayam. Sos homemade ok. Ada beef bacon juga. Chicken Chop Nasi Goreng RM16.90. Ni adik makan, dia tak suka sangat sebab muak dengan coating dia haha. Aku juga yang kena habiskan. Carbonara Meatball RM16.90. Aku tak pernah lagi makan carbonara yang guna telur+cheese tu, so yang ni dia buat too creamy (gaya Melayu, bukan Itali). Muak sikit. Pak mertua makan nasi paprik campur RM10.90, not bad dia suka. Ada masakan Melayu, so sesuai bawa orang tua yang tak minat western. Premium Leezo Burger Chicken 1 Patty RM18.90. Waktu ni husband makan, sos kurang berbanding dia makan beef burger.

western food near me




Gomix

Alamat: No 1, Jalan Persiaran Yayasan, 86000 Kluang, Johor https://goo.gl/maps/HQc8AESXzZ3BB7m96
Waktu operas: 7.00 pagi hingga 11.00 malam 
Rate: 
  • Makanan : 8/10
  • Suasana : 7/10
  • Servis: 5/10
  • Harga : 7/10
Spaghetti Olio Grill Lamb RM28.90. Guys, ni memang sedap. Aglio Olio rasa 'manis' minyak zaitun tu. Lamb lembut dan juicy. Sos black pepper pekat pedas. Husband makan grill chicken RM13.90, puas hati cuma twister fries tu masin lah. Tukar brand lain please. Mee goreng RM6.00 termasin, pak mertua tak dapat makan pun. Harap dapat improve (in case Gomix baca la haha). Part servis tu bila tekan buzzer waiter lambat respon padahal tak ramai orang pun.

western food near me

The Smoke Kitchen (sudah ditutup)

Alamat: No 282B, Jalan Mersing Bt 2, Kluang, Johor (Bersebelahan Keropok Lekor Kubur)

Rate:
  • Makanan : 4/10
  • Suasana : 5/10
  • Servis: 5/10
  • Harga : 5/10
Spaghetti Grill Lamb, guys RENTUNG ler haha. Menunggu boleh tahan lama, sebelah pula ada LIVE kasut bundle. Boleh improve lagi ni. Grill Chicken dekat hotplate pun melekat, kentang hangus. Yang buat hati senang, minuman dari Nest Bee, biscoff with honeycomb.


LeeQir

Alamat: No 12A (Ground Floor), Jalan 6/1 Taman Intan 86000 Kluang, Johor https://goo.gl/maps/x5YtF6Mat53f97BF8
Waktu operasi: 5.00 petang hingga 11.00 malam
Rate
  • Makanan : 6/10
  • Suasana : 8/10
  • Servis: 7/10
  • Harga : 7/10

3 Layers Tea RM4.00. Not bad, too sweet for me. Aglio Olio Steak RM23.90, menyesal order steak. Patut makan lamb je. Serious tak sedap haha. LIAT. Sos black pepper masin. Pak Mertua order Nasi Goreng Kampung Kambing RM13.90. Not bad. Husband order Beef Hamburger RM9.90 (single patty), dia kata Leezo lagi sedap. Aku rasa diorang macam 'adik-beradik', tapi kualiti tak setanding la. 





Oke guys, ada satu lagi kedai iaitu GRETOS (Taman Bersatu). Tak ada gambar sebab mood dah kelaut, dia lupa order husband aku, Chicken Grill Mandy Rice. Bila dah kelam kabut ayam tak masak! So not fair la nak judge sebab akan terkesan dengan emosi haha.  Ni honest review aku, kalau ada yang pernah rasa boleh share di komen ye. Bye!

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu