Excited betul nak cuba ayam goreng di McDonald's sebab dulu selalu makan burger dan McFlurry strawberry je hehe. Rupa-rupanya memang sedap dan boleh jadi pengganti ayam KFC.
Ayam goreng Mcdonald's
Review ayam goreng Mcdonald's
Antara sebab ayam goreng McD lepas sedap ialah saiz ayam goreng besar dan oating rangup. Ayam pedas terasa sampai isi dan dah sejuk pun masih sedap. In case kalau kawan ajak makan McD, pilih ayam goreng sebab bukan processed food seperti burger dan fries. Aku selalunya akan tukar air kepada Iced Latte tanpa gula. Aku rasa McD patut adakan Coke Zero.
Review ayam goreng 3x Spicy
Boleh nampak betapa merahnya 3X spicy. Aku rasa tak akan repeat sebab bila aku makan pedas sangat sampai sakit tekak. Lepas tu aku terus sakit perut. Walaupun makan dengan nasi lemak pun tak kurang pedas dia. Isi pun pedas, apatah lagi kulit. Aku rasa aku akan stay dengan spicy sahaja haha. Nasi lemak dan sambal ok-ok. Masa aku beli ni nasi keras sikit. So, will you try 3X spicy?!
0 Ulasan