Bagi perempuan mesti sinonimkan aktiviti cukur bulu ketiak, especially bila dah baligh/puberty. Tempat yang popular mestilah bulu ketiak, bulu ari-ari dan bulu kaki. Ada juga yang cukur bulu tangan dan bulu roma di muka. Sejauh mana cara yang biasa kita gunakan tu berkesan dan efektif?
Cara cukur bulu ketiak
Hukum cukur bulu
Sunat:Hukum cukur bulu ketiak, kemaluan dan misai adalah sunat untuk lelaki dan perempuan berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.
Wajib:
Hukum membuang bulu di muka selain kening adalah harus dan menjadi wajib pada perempuan jika terlalu banyak dan menyerupai lelaki seperti misai dan janggut.
Haram:
Wanita dilarang mencukur kening.
Harus:
Hukum membuang bulu kaki untuk lelaki dan perempuan pula adalah harus kerana tiada arahan atau larangan untuk menyimpannya sama seperti bulu dada, bulu lengan dan bulu hidung.
Alatan cukur bulu, kelebihan dan kekurangannya
Pencukur pakai buang
- Alat yang paling klasik untuk mencukur. Senang zup zap dah siap, tak sakit.
- Mencukur bulu bahagian atas sahaja, akar tak cabut jadi bulu cepat tumbuh balik dan kasar.
- Bulu jadi tajam dan tumbuh ke pelbagai arah.
- Boleh lukakan kulit dan berparut hitam.
- Selepas cukur cenderung gatal-gatal.
Veet Hair Removal Cream
- Mengandungi bahan kimia (Potassium Thioglycolate) yang melemahkan struktur keratin bulu supaya senang dicabut.
- Kena tunggu 3 minit sebelum 'kaut' bulu pakai spatula yang disediakan, kulit jadi lembut. Kaedah yang tak sakit.
- Bulu yang dicabut lebih dalam berbanding pencukur, tapi tak sampai ke akar. Bulu cepat tumbuh semula tapi lebih lama sedikit berbanding cukur.
- Bahan kimia bau kuat (busuk)
- Tak sesuai untuk kulit sensitif dan bahagian sensitif seperti kemaluan dan muka.
Baca juga: Rawatan laser jeragat
Cold Wax
Wawawax (RM25)
- Bahan wax terdiri daripada madu, lemon dan gula.
- Tak perlu panaskan, terus boleh pakai. Kit yang diberi ialah spatula dan cotton strips.
- Kawasan yang nak diwax perlu kering, ada juga yang sapu bedak dulu. Bulu tak boleh pendek sangat, minimum 3mm ke atas.
- Untuk yang beginner, memang sakit sebab cabut akar. Boleh cuba di kaki dulu sebelum ke ketiak.
- Kesannya bulu lambat tumbuh dan lebih lembut.
Baca juga: Ketumbit
Dovell (RM40)
- Bahan yang sama seperti wawawax tapi ada tambahan panthenol.
- Guna wax ni agak messy sikit especially kawasan yang banyak bulu kena buat beberapa kali baru licin.
- Dicadangkan buat dengan kawan/partner.
Epilator
- Epilator KEMEI (RM25.99) ni macam tweezer elektronik tapi lebih cepat.
- Lebih sakit daripada waxing tapi paling efektif bagi aku. Kalau waxing sakit hanya sekejap, epilator pula cabut satu-satu jadi sakitnya berterusan. Akan lali dan tak rasa sakit sangat lepas tu (boleh tolerate).
- Trim bulu dulu supaya tak panjang sangat.
- Cabut bulu terus ke akar, jadi bulu lambat tumbuh dan lebih lembut.
- Guna epilator 90 darjah atas kulit dan pusing secara perlahan-lahan pada satu area.
Kaedah cukur bulu untuk elak ketiak hitam
Of course wax dan epilator! Cuma kena extra effort sikit skrub badan dan mandi air suam sebelum nak cabut bulu. Sediakan losyen atau alovera gel untuk meredakan kemerah-merahan selepas wax/epilate.
0 Ulasan