10+ Lokasi Nasi Kandar Sedap di Johor

Siapa tak suka nasi kandar kan? Membesar sebagai anak jati Johor yang suka makan nasi ambeng, nasi kandar kuah banjir bukanlah satu hal yang pelik untuk diterima. Beberapa kedai aku pernah cuba makan. Di Kluang, aku pernah makan di Ruju' Cafe dan Fad Kitchen Kluang Parade. Sekarang Fad Kitchen dah tutup, tak tahu pindah mana. Kali ni aku cuba nasi kandar di MH Kluang Ori Cafe dan aku senaraikan beberapa kedai lain di Kluang dan Johor Bahru.

Nasi Kandar Penang 

Sejarah nasi kandar penang 

Nasi Kandar ialah makanan tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di Utara semenanjung. Asal-usul Nasi Kandar boleh ditelusuri kembali ke abad ke-19, semasa penjajahan Inggeris di Pulau Pinang, yang merupakan salah satu negeri di Utara Malaysia. Pada masa itu, pekerja-pekerja India dari Tamil Nadu, India Selatan, datang ke Pulau Pinang untuk mencari peluang ekonomi. Mereka membawa serta mereka masakan tradisional India mereka, yang kemudiannya berubah dan disesuaikan dengan selera tempatan. 

Kandar adalah sejenis pemegang kantung atau besen yang digunakan oleh pekerja India untuk menggantungkan periuk di bahu semasa mereka berjalan menjual makanan kepada orang ramai. Nasi Kandar mula mendapat populariti apabila para pekerja India ini membuka gerai jualan makanan di jalan-jalan di sekitar Georgetown, Pulau Pinang. Mereka menjual nasi putih bersama dengan pelbagai hidangan lauk seperti ayam goreng, ikan, daging, sayur-sayuran, dan kuah kari yang pekat dan lazat.

10+ lokasi nasi kandar sedap di Johor

MH Kluang Cafe Ori 

Aku dah rasa set ayam bawang (RM9.00). Apa yang best ialah kuah tak muak sebab ada rasa pedas. Sebelum ni aku makan nasi kandar, kuah banyak tapi rasa lebih kurang sama sahaja dan rasa terlalu manis. Portion nasi banyak dan saiz ayam bawang besar. Untuk ayam goreng pula, coating rangup. Rasa biasa sahaja, macam ayam goreng mamak hehe. Husband suka makan telur ikan (set RM13), aku kurang minat sikit. Portion telur ikan memang puas hati. Ada cili hijau memang pedas dan padu, boleh pilih nak sayur campur atau bendi.

Alamat: 14, Jalan Lim Swee Sim, Kluang Baru, Kluang 
No telefon: 0176829294.
Waktu operasi: Setiap hari 10.30 pagi hingga 6.00 petang

Baca juga:

nasi kandar near me


Nasi Kandar Abah 

Walaupun hanya berjualan di gerai, Nasi Kandar Abah masih bertahan lama dan menjadi pilhan orang Kluang. Selain nasi kandar, mereka turut menjual nasi ganja Ipoh. 

Alamat: Tapak Pasar Malam Taman Seri Impian 
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat bermula 11.30 pagi hingga habis
No telefon: 01111265013

nasi kandar near me


Restoran Nasi Beriani Mak Teh 

Selain nasi beriani, nasi kandar turut disediakan di sini. Walaupun kuah agak ceroi, hidangan ini masih enjoyable untuk dinikmati.

Waktu operasi: 9 Pagi - 4.00 Petang (Buka setiap hari)
Lokasi: No. 40 & 42, Jalan Berlian 2, Taman Berlian Biru, 86000 Kluang, Johor (Berhadapan INTAN Kampus) 
https://goo.gl/maps/Q44TVaTWpDs559dRA
No telefon: 0162239281/0147243990

Restoran Chef Tok Bah

Chef Tok Bah memang pakar dalam masakan Utara terutamanya nasi daging dan baru-baru ini beliau menambah menu nasi kandar Penang dengan pelbagai pilihan lauk seperti ayam dan ikan. 

Lokasi: No 5.Jalan Lada Hitam, Taman Makmur, Kluang, Malaysia 
Waktu operasi: 11 pagi hingga 9.00 malam 
No telefon: 01161784891

Nasi Ganja Perelih 

Nasi ganja Perelih antara menu ringkas dengan kuah campur yang telah siap diadun bersama dihidang dengan nasi kuning, pilihan ayam atau kambing, bendi dan telur masin. 

Lokasi: No. 165, Jalan 1, Taman Sri Kluang, Kluang, Johor 
Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 3.00 petang 
No telefon: 0197154478

Nasi Kandaq  Talam 

Lokasi: 64, Jalan Tun Abdul Razak Susur 1, Wadi Hana, 80100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 9.00 malam, Cuti Sabtu 



Nasi Kandar Line Clear 

Lokasi: 84A, Jalan Padi Makmur, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam 

Nasi Kandar Shafina

Lokasi: L01, Jalan Padi Makmur, Taman Suria Muafakat, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Buka 24jam 

Nasi Kandar Hijrah 

Lokasi: 25, Jln Molek 1/5C, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 6.30 petang 

Nasi Royale JB 

Lokasi: NO. 577, Jalan jaya sepakat, Kampung Jaya Sepakat, 81400 Senai, Johor
Waktu operasi: 8.00 pagi hingga 4.30 petang 

Nasi Kandar Under The Tree

Lokasi: Jalan Suria 12, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 11.00 pagi hingga 3.30 petang, cuti Jumaat 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu