Pengalaman Tukar Blogspot kepada Domain aqilarin.com (Shinjiru)

2-3 hari lepas aku memang tak boleh tengok media sosial. Sebab rasa marah, sedih. Aku tahu banjir ni memang sukar dijangkakan dan dielakkan, tapi aku tak pernah rasa diabaikan! Selama duduk di Kluang, aku rasa ada dalam 2-3 kali pernah tinggal di pusat pemindahan. Bila hujan tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti dan air sungai dah melimpah, memang kami terus diarahkan untuk berpindah. Ada trak askar yang dah sedia untuk mengambil kami. Ini sampai kena duduk atas bumbung, I cannot!

Alhamdulillah, bantuan dah banyak sampai dari NGO terutamanya, ada juga yang menggunakan aset peribadi seperti 4x4 dan bot. Takziah kepada mangsa banjir yang kehilangan orang tersayang. Stay strong! Actually, nak share berita gembira. 11 tahun pakai nama mugberasap.blogspot.com dan akhirnya bertukar kepada aqilarin.com! YEAY. Alhamdulillah. Kedengaran lagi dewasa ye tak? Hehe. Umur pun nak masuk 28 tahun dah. Tahun lepas baru daftar Google Adsense, earning baru berapa sen je haha. Tahun ni (hujung tahun) baru decide nak serius dalam berblog. Serius macam mana? 

  • Konsisten buat content yang menarik dan berkualiti 
  • Beli domain 
  • Belajar pasal Google Adsense
  • Belajar pasal SEO 
  • Follow blogger berpengalaman
Pengalaman Aku Beli Domain

1. Aku beli domain dari Shinjiru berharga hanya RM35.83 setahun bersama 2 pakej iaitu Shinjiru DNS dan WHOIS ID protection. 

2. Aku cuba buat sendiri DNS record tapi selepas 24jam masih tak verified. Jadi aku terus contact tech support di Telegram pukul 2 pagi. Aku tak jangka yang akan ada orang reply, rupanya ada! Dia siap tolong buatkan sampai aku boleh tukar domain. Thank you so much!


3. Lepas dah tukar domain, keluar warning yang site ni tak secure. Rupa-rupanya kena tukar http kepada https. Jangan panik sebab blog akan hilang sekejap. Aku biarkan dalam beberapa jam lepas tu check balik dah ok.

4. Satu lagi, iklan hilang! Google Adsense minta daftarkan aqilarin.com sebagai site baru (Add site). Dah lebih 24 jam diorang belum approved lagi. 

Berdebar juga ni. Satu perkara yang aku buat, turn on auto ad. Boleh juga letak ad unit walaupun kosong.  Sebab aku ada letak affiliate link Shopee, kemungkinan akan ada masalah berdasarkan apa yang aku baca dari blogger lain. Harap semua ok. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu