Review Domino's Pizza Adakah berbaloi berbanding Pizza Hut?

Actually aku jarang makan pizza tetapi memandangkan di Kluang ada Domino's, Pizza Hut, US Pizza dan Pezzo Pizza aku akan cuba semua dan share di sini. 

Domino's Pizza

Voucher Domino's Pizza Buy 1 Free 2 (Free 1 Pizza and bread) 

Order di Website: https://www.dominos.com.my/
Order di Foodpanda: https://invl.io/cljybzo

Harga RM31.90 boleh dapat kalau pilih pizza size 9" Regular dalam kategori Favourite sahaja. Pizza First Class dan Classic akan ada surcharge yang berbeza ikut saiz. 
  • First class
  • Classic 
  • Favourite 

Pizza yang aku pilih ialah dari kategori Classic iaitu:
  1. Top Secret Quattro RM35.80 (Regular/8 slices) 
  2. Spicy Sausage free just kena bayar surcharge RM3.90 (Regular)


Untuk free bread, aku suka cinnastix sebab roti lembut topping cinnamon dengan gula lepas tu dip dalam sweet icing. Ada 9 jenis roti lain yang boleh dipilih macam garlic bread atau 'pizza manis' banana kaya dessert. 

Selain itu, aku add on Party Box RM19.00, harga asal RM31.90. Party Box ni ada ayam tomyam (masam sikit), stuffed cheddar bites, cheddar stick dan onion rings. Siapa yang suka cheese mesti suka sebab memang banyak. 



Tealive ni RM6 satu, signature milktea with grass jelly dan superior coco with pudding. MENYESAL beli! Kecil je cup dia waaa nak nangis.

Review Domino's Pizza

Overall rating 7/10 untuk Domino's Pizza sebab family (4 orang dewasa) makan untuk lunch dan dinner, total RM70.70. 
  • Hand tossed crust walaupun tebal tetap lembut sampai malam.
  • Topping dan cheese meriah. 
  • Aku prefer spicy sambal berbanding sos tomato. Tapi tak pedas sangat pun.
  • Aku suka pineapple, juicy.
  • Top Secret Quattro tu ada 4 topping: chicken confidential, classified chicken, tuna temptation dan vegie fiesta. Bersepah dia susun topping. 
  • Sos tomato masam sikit, husband tak minat sangat.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Close Menu