Subway Cheesy Meat-Bowl & Toasties Review

Aku nak review makanan dari Subway ni.Sebelum ni kalau pergi jalan-jalan Kluang Mall mesti tak ada idea nak makan apa, especially snacking la. Terlalu banyak kedai sushi! Tapi baru-baru ni diorang dah bawa masuk Auntie Anne's dan llaollao. Tapi bila masuk Subway ada Cheesy Meat-Bowl & Toasties yang murah dan sedap ni. 

Subway

Dulu masa belajar di Kolej MARA Banting, ada seorang kawan kolej lelaki belikan aku Subway Meatball Marinara. Dia balik outing dari Alamanda Putrajaya. Itulah kali pertama makan, orang kampung la katakan. Sedapnya lain macam walaupun roti dah mula benyai! Haha. Bila orang belanja, lain macam auranya. Awal-awal pelik juga sebab meatball memang gedabak, susah nak makan. Ingat macam sandwich biasa. Rupanya banyak pilihan lain. 
Baca juga:

Bila sampai di Manipal, ada Subway di foodcourt! Apa lagi memang boleh dikatakan seminggu sekurang-kurangnya sekali akan makan Subway. Tapi waktu tu tak tahu roti apa yang sedap, sos apa yang padu. Main pilih sahaja antara yang menjadi pilihan Roasted Chicken dan Teriyaki.  menu Subway India ada pilihan untuk Vegetarian iaitu Aloo Patty (kentang) dan Paneer Tikka (cottage cheese). Bila balik Malaysia, tak kena tekak pula bila makan Subway. Subway India tetap di hati sebab ayamnya sangat juicy dan berperisa. Rempah India jangan main-main ye. Waktu tu suka sos Sweet Onion dan Chili. Husband suka makan Subway juga, dia pujuk suruh try lagi Subway. Dia suruh cuba roti Honey Oat, sos pula Ranch, Mustard dan Chipotle. Worth to try! Memang sedap. Kena pandai mix and match sos rupanya. Dengar kata dekat Tiktok famous orang cadangkan roti Hearty Italian. 

Review Cheesy Meat-Bowl

Cheesy Meat-Bowl RM9.90 (5 biji meatball, marinara sauce, mozarella cheese) Rate 9/10! Meatball so meaty and juicy. Lepastu rasa macam best kalau kuah ni dapat cicah roti.


Review Toasties

Mushroom and Cheese Toasties RM4.25 Rate 8/10! Mushroom berlemak! Nampak tak generous sangat dia bagi. Lepas tu makan roti bakar dengan marinara sauce. Umph!





Ini pilihan side dishes yang lain. Tapi next time maybe akan repeat toasties sahaja sebab berbaloi dengan harga. Subway juga famous dengan soft cookies seperti double chocolate dan white chocolate macadamia. Kami berdua tak minat sangat sebab terlalu manis. Satu perkara lagi aku belum berkesempatan nak rasa menu sarapan Subway sebab jarang datang awal ke Kluang Mall. Maybe next time. 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu