Texas Chicken ni actually baru buka di Kluang, sekitar May 2020. Aku dan husband memang suka cuba makanan baru tapi pengalaman pertama makan di Texas Chicken agak mengecewakan sebab ayam rasa tawar. Kali kedua pergi, aku hanya nak beli Honey Butter Biscuit, tapiii kecewa lagi. Tekstur mampat dan keras! Tak macam first time makan, dalam lembut luar crunchy. My husband pula suka Jalapeno Bombers, memang pedas dan so cheesy. Makan panas-panas sedap! Itu je best haha.
Texas Chicken
Review Texas Chicken Glazed Herb Garlic
Lama kami 'puasa' Texas Chicken sehinggalah keluar beberapa menu menarik. Antaranya ialah Glazed Herb Garlic Fried Chicken. Aku beli set berharga RM18.80 (2 ketul ayam, 1 biscuit, 1 mashed potato, air ambil sendiri dan free flow). Set 2 ketul ayam goreng ni datang dengan sebiji biscuit dengan coating yang sama. Seperti yang dijangkakan, tekstur biscuit kali ini lebih baik. Dalam lembut macam roti dengan luar yang rangup.
- Seperti namanya, ayam goreng ni coating manis seimbang dengan rasa bawang putih dan wangi herba.
- Ayam masih juicy dan kulit bahagian luar dimasak rangup.
- Coating tak kedekut dan sekata.
Review Ayam Texas Original
- Ayam goreng ni tak ada bau wangi macam KFC tapi lebih segar, besar dan isi lembut berbanding KFC Rate 7/10!
- Zesty Crunch Wrap RM13.99 (1 Wrap, 1 ayam, 1 mashed potato, air ambil sendiri dan free flow) Sedap dan pedas tapi tak puas makan haha. Rate 6/10!
0 Ulasan