Lunch kali ni di Texas Chicken Kluang Mall. Kami cuba menu selain ayam goreng mereka yang sedap sebelum ni. Ramai dah beralih arah dari KFC ke Texas Chicken kerana ayam mereka bersaiz lebih besar dan segar. Walaupun aroma tak seharum ayam KFC, ayam Texas masih memberi kepuasan kepada penggemar ayam goreng.
Review Menu Texas Chicken
Mexicana Burger
RM14.90 combo (ayam, tortilla chips, sayur, chedder cheese, spicy mayo), fries, free flow drink
- Special sebab ada tortilla chips, so crispy
- Sos memang pedas, tak enjoy sangat
- Ayam memang besar tapi dia kata tak boleh lawan Marrybrown Tower Burger
- Roti burger agak kering dan keras
Spicy Korean Rice Bowl
Spicy Korean Rice Bowl RM5.99
- Dia bukan kuah sambal (gochujang) tapi lebih kepada soy sauce yang manis-masin-pedas.
- Ada beberapa potongan ayam kecil, sayur salad dan tomato.
- Disebabkan agak masin, kena gaul betul-betul dengan nasi baru ngam.
0 Ulasan