Small Office Home Office (SOHO) ni memang dah jadi trend sekarang sebab ramai orang yang bekerja dari rumah. Untuk lebih serius menulis konten, aku hias meja solek untuk jadi mini pejabat. Baru ada motivasi nak buat kerja kan. Kebanyakan barang deko aku beli dari Shopee dan Watsons. Ada juga yang beli dari Daiso, Ninso dan Eco-shop. Aku mula kumpul barang bertema soft pink sebab nampak tenang dan comel. Hakikatnya personaliti aku bukanlah terlalu feminin, ada sisi 'rock' juga hehe.
Small Office Home Office
Samsung Galaxy Tab S6 Lite
Bersyukur sangat dapat ilham beli tab guna duit KWSP (aku sempat kerja 7-Eleven 2 tahun) sebab mudah sangat berbanding laptop. Aku jadi lebih produktif untuk menulis dan cari maklumat untuk blog. Cuma ada sedikit kelemahan iaitu kadang-kadang crash bila nak upload gambar. Best sebab ada SPen untuk tulis nota dan jurnal dalam Samsung Notes.
Logitech Bluetooth Keyboard K380 dan Mouse Pebble M350
Menggunakan sambungan bluetooth sahaja. Mouse ada USB receiver juga incase nak guna laptop/desktop. Kelebihannya adalah ringan dan senyap, tak jadi masalah nak buat kerja masa anak dan suami tengah tidur. Keyboard dilengkapi 4 Hotkeys iaitu Home, Back, App-Switch dan Contextual Menu.
DUX DUCIS Tablet Cover
Aku beli cover ni sebab ada tempat nak letak SPen, senang nak ambil dan simpan semula. Cover boleh lipat jadikan stand. Sebenarnya aku nak beli holder supaya tablet ni tinggi sikit selari dengan aras mata. Takut juga lama-lama boleh sakit leher sebab postur tak elok. Tengah survey dekat Shopee, aku ingat nak beli wooden stand. Nampak comel!
Rak rosegold
rak ni cantik, senang sangat nak pasang, kukuh dan boleh letak banyak barang terutamanya koleksi minyak wangi. Cermin solek tu caj dengan USB dan ada boleh tukar-tukar 3 warna. Aku ada guna juga sebagai lampu meja atau 'ring light' untuk ambil gambar, 3 in 1!
Mug Pusheen
Sebenarnya nak beli mug Pusheen X Watsons warna pink tapi dah habis. Menyesal rasanya waktu tu sebab tak pusing outlet lain. Dekat Kluang ada 5 outlet Watsons, sama juga dengan Guardian. Sekarang dekat Carousell dengan Shopee memang sold out warna pink (hibiscus). *Menangis dekat bucu katil.
Kalendar Pusheen
Kalendar 2022 Pusheen ni nasib baik sempat grab PWP di Watsons. Lengkap dengan info cuti umum dan ada sticker untuk mark tarikh penting seperti tarikh lahir.
Rotating organizer
Organizer ni paling best sebab boleh letak banyak skincare dan lipstick/makeup dekat atas. Boleh adjust ketinggian setiap ruangan.
Bantal Pusheen
Bantal comel Pusheen ni nasib baik masih banyak dekat Watsons, berjaya grab dua-dua design. Murah sebab semua merchandise Pusheen dah tolak 50% diskaun. Letak dekat pinggang, sedap sikit bila menulis.
Pusheen Watsons
Semua barang yang aku beli terutamanya collectible aku akan pastikan digunakan sepenuhnya. Tak nak kumpul untuk display sahaja sebab akan berhabuk. Sebenarnya nak kumpul barang tema Hello Kitty tapi tak banyak warna soft pink. Jadi aku akan fokus Pusheen! Hehe. Pusheen sebenarnya adalah watak komik yang dilukis oleh Claire Belton dan Andrew Duff pada tahun 2010 sebelum menjadi sangat popular sebagai Facebook sticker set. Sejak dari itu banyak merchandise/collectible yang dihasilkan. Harap tahun ni Watsons keluarkan banyak lagi merchandise Pusheen yang menarik.
0 Ulasan