Review Tealive Mangold Tea & Mangold Milkshake Sedap Berlemak

Permulaan tahun 2022 dan sempena Tahun Baru Cina, Tealive keluarkan siri minuman terhad iaitu Mangold. Mangold adalah gabungan dari perkataan "mango" dan "gold" yang melambangkan kemewahan. Memandangkan aku dan husband memang peminat Tealive, kami terus beli di Tealive EATS Bandar Kluang. 

Tealive Mangold with Jelly and Sago review

Actually husband aku agak terkejut sebab topping Mangold Milkshake dan Mangold Tea ni ada SAGU! Bagi dia sagu ni sesuai dalam bubur sahaja, huhu. Selain sagu, ada jelly teh hijau. Siapa yang minat Black Diamond (caramel jelly) Milk Tea macam aku, pasti boleh terima rasa jelly ni juga. 

Mangold Tea 

RM9.35 (Large) 5/10! Rasa macam teh berperisa Cameron Highland haha. Special sebab topping sagu dan jelly sahaja. Rasa agak manis, kurang rasa pahit teh. Kalau nak improvise, better buat sparkling.

Mangold Milkshake 

RM10.30 (Large) - 9/10! 
Rasa manis dan masam balanced. Mangga dan susu memang ngam dari dulu. Berlemak! Kena dengan tekstur sagu dan jelly yang kenyal. Bagi aku air ni sudah mengenyangkan dan tak sesuai kalau pair dengan apa-apa makanan. 

Selain air di atas ada juga:
  • Mangold Collagen Milkshake 
  • Mangold Organic Oat Milk 
review tealive mangold milkshake dan mangold tea

review tealive mangold milkshake dan mangold tea

review tealive mangold milkshake dan mangold tea

Teallive Eats



Di Kluang ada banyak outlet Tealive terutamanya di pasaraya, Kluang Mall dan Kluang Parade. Selain itu, ada Tealive EATS yang berkonsepkan cafe. Ruang makan memang luas, boleh meet-up kawan-kawan dan buat kerja santai-santai. Selain minuman berasaskan teh, kopi Tealive pun sedap. Mereka ada mesin brew. Jadi kopi memang dibuat segar dari espresso, bukan serbuk bancuh. Favourite husband Cocoa Mocha, rasa pahit dan lemak koko memang terasa. Sedap pair dengan kek Secret Recipe. Ruang duduk selesa dan deko yang menarik. Belum berkesempatan makan popcorn chicken di sini. Teringin nak cuba juga. Tealive Deli Bakes tempat lain aku Google ada serve pastry dan donut, sini ada biskut dan snek sahaja.

review tealive eats kluang

review tealive eats kluang

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu