Crab Rangoon Resipi Viral Tiktok

Selalu FYP (for your page) kan kalau resipi masak-masak dekat Tiktok. Actually first time aku dengar crab rangoon ni. Tapi memandangkan aku dah pernah buat dumpling sendiri sebelum ni, boleh tahan senang juga la resipinya. 

Crab Rangoon

Asal usul crab rangoon 

Crab Rangoon adalah sejenis hidangan yang popular dalam masakan Amerika yang terinspirasi oleh masakan Asia, khususnya masakan Cina. Hidangan ini terdiri daripada begedil kecil yang diisi dengan campuran daging ketam dan keju krim, dan kemudian digoreng hingga menjadi keemasan dan rangup.

Asal usul nama "Crab Rangoon" sebenarnya agak kabur dan terdapat beberapa teori yang berbeza. Satu teori mengatakan bahawa "Rangoon" merujuk kepada bekas ibu kota Myanmar, Yangon, yang dahulunya dikenali sebagai Rangoon semasa zaman penjajahan British. Ini kerana hidangan ini dikatakan diperkenalkan di Amerika oleh pekerja kulit putih yang bekerja di kapal layar yang melakukan pelayaran di rantau Asia. 

Crab Rangoon sering disajikan sebagai hidangan pembuka atau snek dalam restoran-restoran yang menyajikan masakan Amerika atau masakan Asia. Kombinasi daging ketam yang lembut dan keju krim yang creamy dengan rasa gurih dari kulit dumpling yang rangup menjadikan hidangan ini cukup popular di kalangan peminat makanan.

Resipi Crab Rangoon 


Bahan-bahan: 
250g Tatura Cream Cheese
10 batang crabstick
1 batang daun bawang
2 ulas bawang putih
1 tbsp minyak bijan
1 tbsp mayonis
Lada sulah
Sepeket kulit wanton

Cara-cara:

  1. Cincang crab stick. Potong halus daun bawang dan cincang bawang putih. 
  2. Campur dengan cream cheese (suhu bilik). Letak minyak bijan dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati. 
  3. Ambil kulit wanton dan sapu air dikeliling perimeter sebagai gam dan letak sedikit inti. Lipat dengan menarik bucu dari arah bertentangan. Kemaskan takut inti terkeluar nanti.  
  4. Sedia digoreng dengan minyak sederhana panas hingga keperangan garing. 

Review Crab Rangoon

Sedap dicicah sedikit sos cili pedas/chili oil sebab cream cheese agak muak. Jadi memang kena goreng garing. Baru sedap. Penambahbaikan, boleh letak lebih lada sulah, paprika atau serbuk cili untuk lebih pedas. Kulit wanton ada kira-kira 50 keping dan inti tinggal lagi sikit sahaja. Kalau letak betul-betul mungkin ngam. Jangan kedekut inti taw. 


@jijieyzamri

Dah banyak kali buat tapi harini baru rajin nak buat video crab rangoon viral. Superbbbbb! Sangat sedap 🦀 #MYfoodie #tiktokchef #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia

♬ Unstoppable (I put my armor on, show you how strong I am) - Sia

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu