Chatime lawan Tealive tapi Neelofa yang Menang, Eh!

Hye guys. Akhirnya Chatime mendarat juga di Kluang awal Januari tahun ini. Honestly, first time dengar Chatime masa belajar di Kolej MARA Banting. Waktu tu outing di Alamanda Putrajaya. One word yang aku masih ingat, MAHAL? Untuk student la. Orang biasa mungkin tak ada masalah hehe. Saiz minuman yang Chatime offer hanyalah small dan regular berbanding Tealive yang ada option large. Walaupun Tealive naik harga tahun ni, ia masih lebih murah berbanding Chatime.

Chatime



Chatime telah mendapat siji Halal JAKIM sejak 2018

Review Menu Chatime

Dalgona Hazelnut Chocolate RM10.90 - Siapa tak terjebak dengan kopi dalgona waktu PKP dulu kan. Inspired dengan minuman viral tu, Chatime keluarkan versi dalgona mereka. Topping air ni ada frothed chocolate dan pearl. Rasa susu coklat memang berlemak tapi kurang rasa hazelnut. Quite heavy juga, walaupun saiz kecil jenuh nak habiskan. Rate 6/10!

Brown Sugar Pearl Milk Tea RM9.90 - Classic drink yang aku akan order dekat mana-mana kedai boba/milktea. Aku tak sure Chatime pakai susu apa, but it's heavy man. Pekat dan berlemak sangat. Ada certain time, aku nak kunyah boba dan still nak rasa refreshing taste dari teh tu. Tak dapat feeling tu dari air ni. But masih sedap, sederhana manis dan chewy boba macam biasa. Rate 7/10!

chatime

chatime

Isu Chatime dan Tealive

Siapa ingat isu Neelofa rentas negeri pergi Langkawi? Atas sebab urusan kerja di Chatime. Actually aku baru tahu diorang collaborate dan aku tak pernah rasa lagi air susu pisang Nilofa ni, sedap ke weh? Yang aku tahu dia overclaim banyak khasiat je haha. Isu antara Chatime dengan Tealive ni bermula apabila syarikat La Kaffa (Taiwan) tiba-tiba menamatkan kontrak bersama syarikat Loob Holding (Malaysia) kerana mendakwa Loob Holding melanggar beberapa syarat franchise yang telah dipersetujui. 

Loob Holding yang dimiliki Bryan Loo mengambil langkah drastik "menjenamakan" Chatime kepada Tealive dimana ia memberikan persepsi bahawa Chatime sudah tiada. Realitinya Chatime dan Tealive adalah dua entiti yang berbeza. Bryan Loo turut "meniru" minuman yang popular dalam kalangan penggemar Chatime seperti Strawberry Pudding. Kekeliruan ini menyebabkan La Kaffa bertindak menyaman Loob Holding dan menang saman sehingga menyebabkan Tealive hampir ditutup. Namun begitu, Tealive memohon rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk terus beroperasi. Korang geng mana, Chatime ke Tealive?

Menu dan Harga Chatime 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Balasan
    1. Saya kenal Tealive sebelum Chatime, jadi mungkin bias sikit review ni hehe..

      Padam

Close Menu