Makan 1 Slice Pezzo Pizza Dah Kenyang!

Selain daripada Pizza Hut atau Domino's, pilihan pizza yang sedap dengan harga berpatutan tentulah Pezzo Pizza. Menariknya Pezzo menjual pizza by the slice. 

Boleh beli satu atau mix and match 6 slice pizza yang berlainan perisa. Alaa macam orang campur cake jadi 1 whole cake dekat Secret Recipe untuk sambut birthday. Tahu kan? Hehe.

Pezzo Pizza 

Kluang Mall

Pezzo telah mendapat sijil Halal JAKIM untuk 15 cawangan daripada 40 cawangan di Malaysia. 

Harga dan menu Pezzo Pizza

Franchise Pezzo Pizza ni berasal dari Singapura. Ada banyak pilihan pizza yang terbahagi kepada dua harga
  • Carnival Series RM6.90
  • Gala Series RM7.95-RM8.90
Boleh beli juga saiz biasa, regular/medium/large. Selain itu mereka ada pasta dan oblong pizza. 

Combo

  • 3 slice RM20
  • 6 slice RM39.80

Review Pezzo Pizza 

Saiz 1 slice lebih besar dari tapak tangan dewasa dan cukup mengenyangkan. Bear in mind, crust agak tebal tetapi rotinya terasa lembut. Sedikit garing di bahagian tepi. 

Sos tomato tak terlalu masam seperti Domino's. Topping sangat meriah dengan isi daging/ayam, sayur dan taburan cheese. Dinasihatkan terus makan selepas dipanaskan supaya boleh acah-acah tarik cheese. 

Di Kluang Mall ada tempat dine-in jadi mudah nak lepak makan. Pezzo ada juga buat pizza unik seperti Rendang dan Durian tapi aku masih belum berkesempatan untuk cuba. 

Lagi satu, aku setiap kali datang Kluang Mall tanya Secret Recipe dah ada kek durian ke belum. Dasar hantu durian!

pezzo pizza

pezzo pizza
Pepperoni party

Cheesy Cheese 

BBQ Bonanza

Hola Hawaiian

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu