Cara breastfeeding yang betul untuk ibu menyusu anak pertama

Aku nak kongsi sedikit nota berkenaan cara breastfeeding yang betul hasil rujukan daripada buku Dr Super Pot Pet oleh Dr Hairin Anisa Tajuddin. Menarik mengenai buku ini ia berkonsepkan komik yang penuh ilustrasi dan fakta yang mudah difahami.       

Cara breastfeeding yang betul

Tajuk: Dr Super Pot Pet
Penulis: Dr Hairin Anisa Tajuddin
Pelukis: Halimi Halil
Penerbit: Permata Management & Services (017-7246472)
Harga : RM30
Bilangan muka surat: 140 helai

Review buku Dr Super Pot Pet

Aku beli buku ni sebulan selepas bersalinkan Adam, agak terlewat tapi Alhamdulillah sampai sekarang aku masih menyusukan Adam (16 bulan). Permulaan bulan pertama sangat mencabar, aku mengalami nipple crack dan bengkak susu. Hampir give up juga sebab orang sekeliling kurang memberi sokongan, lagi-lagi Adam ada jaundis hampir 2 minggu baru hilang. 

Dalam masa sebulan, Adam dah dapat latching dengan betul baru aku dapat rentak menyusu yang selesa. Dah tak rasa sakit dan breast rasa ringan lepas setiap sesi menyusu. Dua skill yang aku belajar daripada Youtube adalah teknik marmet dan breast compression. Sangat membantu terutamanya bila anak lama tidur dan kurang menyusu. Setahun pertama, Adam tak ada masalah berat dan tinggi.


Aku kongsikan sedikit nota untuk membantu mana-mana ibu yang masih mencari ilmu dalam penyusuan. Ini sangat sedikit berbanding apa yang dapat diberi oleh Lactation Counselor. Memandangkan aku full time housewife, aku tak pam dan simpan susu. Itu another level pula, lagi rumit. Cara nak pam, maintain hasil susu, storage dan cara nak serve susu pula di rumah pengasuh. Aku cadangkan follow:


Cara breastfeeding yang betul 



Perlukah milk booster untuk ibu menyusu?


Susu ibu punca bayi kembung?

Posisi menyusu yang betul

*Pembetulan: pH yang rendah. 


Cara latching yang betul sewaktu menyusu




Cara nak tahu bayi kenyang menyusu


Nota ni aku tulis (di IG Story) dalam keadaan sedikit beremosi sebab kes anak dehydrated sebab hanya menyusu badan. Jangan salahkan susu badan, salahkan diri sendiri sebab tak prepare mentally dan physically sebelum anak lahir.  Peringatan untuk diri sendiri juga, sebab aku prepare anak lahir normal tapi rupanya kena c-sect huhu. Aku dah follow group HBM lama sebelum bersalin tapi rupanya masih tak cukup prepared.
  

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu