Sampai ke Midvalley dalam pukul 6 lebih, banyak kedai dah nak tutup. Sempat takeaway Hokkaido Cheese Tart, sedap! Lepas tu decide makan di KyoChon, restoran korean fried chicken yang agak popular di Malaysia sejak tahun 2013. Sebelum ke Midvalley, aku singgah dulu Jalan Jalan Japan di Kipmall Masai. Ini kali kedua aku ke JJJ, kali pertama aku excited cari baju bundle, last-last semua tak muat masa cuba di fitting room. Size L orang Jepun kecil ye untuk aku atau sebenarnya aku memang gemuk huhu. Kali ini cari mainan untuk Adam sahaja. Ada juga survey beg dan barang deko tapi tak ada yang elok.
KyoChon
Website: https://www.kyochon.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/mykyochon
Instagram: https://www.instagram.com/mykyochon/
Review Kyochon
Order dekat website dan kena bayar guna online banking okay. Pengalaman yang kurang best sedikit bagi kami. Line internet husband tak kuat sangat, nasib baik line aku ok. First time makan dekat sini, bila nak order dari website tu susah sikit nak pilih menu. Minuman kami ialah Mango-Nade RM6.80 dan Coke Zero RM5.90
KyoChon Sampler
RM33.90 - Flavour Red Pepper, Honey, Soy Garlic. 12 pcs wingette dan drumette. Suka Red Pepper memang pedas, Honey sedap juga Rate 8/10. Soy Garlic MASIN ok, jangan order haha. Ayam crispy dan juicy. Danmuji (jeruk lobak putih) sedap!
Spicy Korean Bibimbap
RM23.90 - Mengenyangkan. Dia bagi bahagian thigh dan red pepper sauce, nasi putih biasa, ada seaweed, sayur dan telur. Dia bagi juga soy sauce, tapi tak letak pun ok sebab masin gitu je. Rate 7/10
Sebelum ni aku makan bibimbap Dubuyo tak pedas dan sedikit muak sebab nasi berkanji (purple rice).
Sebelum ni aku makan bibimbap Dubuyo tak pedas dan sedikit muak sebab nasi berkanji (purple rice).
2 Ulasan
aduyaii sedapnya
BalasPadamYang pedas tu favourite! Memang sedap mama..
Padam