Review Honeybee Kluang | Aiskrim Honeycomb Sedap

Hye guys. Awal Januari 2022 yang lalu, Honeybee buka cawangan ke-16 di Kluang. Ini berbeza dengan Bubblebee yang diusahakan Shuib ye, jangan confuse pula. Sebelum ni aku pernah cuba Nest Bee yang beroperasi bersebelahan Smoke Kitchen. 

Honeybee

Honeybee bukan sahaja menjual aiskrim sarang lebah (honeycomb), malah menyediakan minuman yogurt dan kopi. Bagi kanak-kanak pula ada pilihan minuman berasaskan coklat dan oreo. Pengunjung juga boleh membeli Popcorn Honey Caramel yang datang dalam pelbagai size. 

Alamat: No 2, Tingkat Bawah, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, Kluang https://goo.gl/maps/E6BvSRce8uYxgGHG8 

 

Review Minuman Honeybee

Mango Bee 

Rm13 - Aiskrim sangat smooth, creamy dan tak terlalu manis. Sesuai bergandingan dengan honeycomb dan mangga ranum. Selain tu ada cornflakes rangup dan honey pearl yang chewy. Rate 8/10 Makan seorang memang kenyang! Puas hati dengan portion yang diberi. Honeycomb rasa memang manis, sedikit kenyal. Aku tak makan sangat, bagi husband dan adik habiskan.

review honeybee kluang

review honeybee kluang

review honeybee kluang

Caramel Latte 

RM9 - Menggunakan espresso yang dibrew segar di kafe, rasa agak manis dan menenggelamkan rasa kopi. Next time boleh request kurangkan karamel. Rate 5/10

Red Berries Yogurt 

RM9 - Rasa masam yogurt seimbang dengan manis berries, tekstur seperti smoothies. Kalau tak minat manis sangat, boleh minta kurangkan berries.  Rate 7/10

review caramel latte honeybee kluang

review red berries yogurt honeybee kluang

Senarai Menu Honeybee




Catat Ulasan

2 Ulasan

Close Menu