Bila dah jemu di Kluang, aku memang akan jalan ke Parit Raja makan nasi arab. Disebabkan Parit Raja merupakan bandar pendidikan kerana adanya UTHM dan beberapa kolej yang lain, pembangunan di sini lebih meriah. Banyak outlet F&B yang terkenal mula menapak di sini seperti Family Mart, Richiamo Coffee, Secret Recipe dan Tealive. Selain itu, ada Tesco yang kini dah berubah wajah kepada Lotus. Kali ini aku nak review restoran Arab pula.
Nasi arab Restoran Bandar Hadhramaut
Lokasi: Jalan Universiti 4, Taman Universiti, 86400 Parit Raja, Johor
Waktu operasi: 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam setiap hari
Jenis-jenis nasi arab
1. Mandy
2. Kabsah
3. Zurbian
4. Maqlobah
5. Mathqhout
Hidangan nasi arab yang ada di sini boleh pilih sama ada dengan kambing, daging lembu atau ayam.
Yang nampak macam daging hancur ni ialah beef dan chicken akdah. Akdah ialah daging tanpa tulang yang dimasak bersama lobak, kentang, tomato dan rempah. Rasanya seakan rendang tapi sedikit light. Nasi mandy yang dihidang sangat fluffy dan flavourful. Ada sedikit rasa manis rempah.
Lamb Zurbian RM20 - Honestly lagi prefer nasi mandy. Tak minat sangat rasa zurbian ni huhu. Main pilih je time ni, tak kenal pun nasinya macam mana.
Lamb Haneeth RM20 - Haneeth ni cara masak slow-roasted sampai daging betul-betul empuk dan terpisah dari tulang. Memang sedap.
Hummus pula ialah kacang kuda yang dicampur tahini (pes bijan), lemon, bawang putih dan minyak zaitun. Rasa berlemak dan manis zaitun memang kena.
Barbican penyelamat bila masing-masing dah kekenyangan tapi nasi masih banyak.
Beli Chicken Shawarma sebab teringat makan dekat India. Tapi garlic sauce dekat sana lagi sedap. Masih mencari rasa yang sama.
Caramel pudding rasa macam dadih sahaja hehe. Rasa rugi sebab ada je dessert arab yang lain tapi dah terlalu kenyang untuk cuba.
Overall review nasi arab
Portion banyak dan ada option untuk makan dulang secara bersila juga. Harga berpatutan sebab boleh share 2-3 orang satu hidangan berharga RM20. Sebelum ni pernah makan nasi arab di Kluang tapi kurang rasa berbanding di sini dan portion agak kecil.
Banyak pilihan nasi arab untuk dicuba, ingat sebelum ni Mandy sahaja sebab itu yang popular kan. Tak muak makan nasi yang disediakan, rasa light tapi cukup berperisa. Kambing dimasak sempurna sehingga empuk dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Mungkin lepas ni akan cuba hidangan ayam pula. Servis memang terbaik, owner dan staff mesra. Boleh cakap Bahasa Melayu dan English. Bagi bapa mertua, makan di sini mengimbau kenangan mengerjakan umrah di Mekah dahulu.
4 Ulasan
Bolehlah cuba cari bila ke Parit Raja nanti
BalasPadamOhh.. cik duduk berdekatan juga ye.. sini meriah banyak kedai makan. Hehe..
Padamtelan air liur tgk nasi arab sedapnya
BalasPadamMemang sedap, saya ingat nak rasa nasi lain juga. Kebab pun ada..
Padam