Review A&W | Mozzarella Coney, Salted Caramel Waffle, Coney Cheese Fries

Aku membesar dengan memori A&W, tapi aku tak ingat sangat part makan. Aku ingat maskot Great Root Bear atau mesra dipanggil Rooty. Masa tu belajar di PASTI tak silap aku, ada majlis perpisahan sekitar tahun 90-an. Dapat meal set dan hadiah mainan. Tahun 2019, A&W muncul kembali di Kluang. Memang ramai yang serbu sampai outlet kena tutup sementara sebab banyak barang out of stock. Buas ye semua. Husband aku orang yang paling excited sebab dia rindu air Root Beer. Kali ni aku nak review menu baru bagi tahun 2022. 

A&W


Review Menu A&W

Mozzarella Beef Coney 

RM16.90 Combo - Mozzarella cheese melimpah! TAPI.. sosej kali ni masin sikit. Rate 6/10! Tak sama macam awal-awal dulu aku makan. Aku memang suka gabungan coney sauce dan hirisan bawang, roti pun sangat lembut. Sosej besar dan juicy. Tapi bila masin tu, sedikit potong. 

Coney Cheese Fries 

RM6.90 - My favourite! Aku memang suka coney sauce iaitu kuah cili daging cincang. Gabung pula dengan cheese sauce atas fries. Cheesy and creamy. Memang padu Rate 8/10!

A&W



Salted Caramel Waffle 

with 1 scoop ice-cream RM9.90 - Siapa tak suka waffle kan. Aku suka gabungan salted caramel dengan ice-cream vanilla, waffle besar, crispy di luar gebu di dalam. Memang kenyang makan dessert je. Rate 9/10! 

Root Beer Float 

RM5.90 - Aku tanya husband apa beza root beer dalam tin dekat 7E tu, dia kata memang beza dari restoran. Lagi-lagi diorang serve dalam frosty mug! Itu yang special. Root beer akan kekal sejuk tanpa menggunakan ais yang akan mengurangkan rasa dan kualiti air. Rupa-rupanya root beer ni air herba bersoda. Rate 9/10!




Sejarah A&W

A&W adalah gabungan nama Allen dan Wright yang berasal dari California pada tahun 1919. Pada tahun 1963, A&W jadi restoran fast food pertama yang dibuka di Malaysia. Dengar cerita banyak juga outlet yang tutup, tapi sekarang ni diorang nak naikkan balik reputasi A&W. Aku pernah cuba ayam goreng Aroma A&W, ni antara menu yang popular juga. Tapi waktu tu tak best sangat, sebab ayam berminyak dan masin. Maybe next time aku akan cuba lagi, diorang suggest beli yang spicy baru kick.

Menu dan harga A&W


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. tu dia mozarella dia byk betul aritu ada ternampak menu ni tapi mama beli coney biasa aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak memang melimpah tapi takde la sampai boleh tarik haha..

      Padam

Close Menu