Sambut Birthday Kek Percuma | Review ZUS Coffee

January was my birthday month! ZUS Coffee baru sahaja bertapak di Kluang beberapa bulan lalu. Awal-awal dulu aku dah install app untuk claim Buy 1 Free 1 Voucher, kena bayar guna online banking/e-wallet. Bila check app, mereka bagi Birthday Voucher, percuma satu potong kek dengan pembelian minuman minimum RM1.
 

ZUS Coffee

Alamat: No 11,Ground Floor, Jalan Duku, Kampung Masjid Lama, Kluang (Versis Boulevard)
Waktu Operasi: 7.00 pagi hingga 10.40 malam

Sejarah ZUS Coffee

ZUS Coffee diasaskan pada tahun 2019 dan mempunyai hampir 150K pengguna dalam talian. Outlet mereka pula ada 190 buah outlet di seluruh Malaysia. Pemilik ZUS Coffee ialah Terence Ho dan Venon Tian (CEO).

 

Status Halal ZUS Coffee 

ZUS Coffee telah mendapat status Halal JAKIM sejak Julai 2020

Cara tebus Buy 1 Free 1 ZUS Coffee

  1. Install app dan masukkan butiran lengkap 
  2. Pilih 2 air 
  3. Pastikan wallet app dah topup at least harga 1 air
  4. Masukkan code voucher B1F1 sebelum checkout 

Cara tebus reward birthday 

  1. Reward akan diberi pada birthday kita dan valid selama sebulan 
  2. Pilih satu air dan satu kek 
  3. Pastikan wallet app ada duit 
  4. Masukkan code voucher sebelum checkout 

Review minuman ZUS Coffee

zus coffee


Biji kopi yang mereka guna ialah Brazil Cerrado, Papua New Guinea Lamari & Indonesia Kerinci yang memberikan rasa caramel, creamy dan dark cocoa. Hot selling mereka ialah CEO Latte.

Iced Spanish Latte 

RM10.50 - Sedikit manis berbanding latte biasa (bukan syrup tapi condensed milk). Seakan-akan kopi tarik. Creamy susu seimbang dengan pahit kopi. Rate 8/10

Iced Cafe Latte 

RM9.45 - Selalunya bila datang kedai kopi, aku akan rasa latte tanpa gula/syrup. Rasa pahit kopi memang sedap, confirm boleh segar serta-merta. Rate 9/10

Iced Cafe Mocha 

RM12.60 - Mereka menggunakan coklat Bali dan frothed milk. Bagi aku rasa dia agak heavy tapi husband suka. Rate 6/10



Selain air di atas, aku pernah beli Iced Japanese Genmai Matcha Latte. Aku tak minat sangat sebab ada roasted brown rice. Untuk frappe, husband pernah try Double Chocolate Chip Frappe, not bad. Satu lagi air yang ada Himalayan Salt, masin weh haha. Siapa yang berani minum rasa yang unik, boleh cuba. Ada review kata kalau Gula Melaka campur Himalayan Salt rasa ok sikit. Boleh cuba juga Iced Roasted Hazelnut Latte (nutty) dan Iced French Vanilla Latte

Review Makanan di ZUS Coffee

zus coffee



Selain pastries dan kek, mereka juga menghidangkan makanan berat seperti spaghetti, lasagna dan mac & cheese. 

Burnt Cheese Cake 

RM12.70 (Free) - Creamy and smooth! Tak terlalu manis. Rate 9/10

Biscoff Cheese Cake 

RM12.70 - Biscoff memang sedap pair dengan cheesecake, tapi yang ni manis sikit. Rate 7/10

Creamy Mushroom Chicken Pie 

RM9.55 - Biasa-biasa sahaja, sedikit masin. Mushroom sedap. Rate 5/10


Promosi terbaru ZUS


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Zus coffee memang all time fav....paling suka Hazelnut Latte dia....kalau pi mmg requst barista yang biasa buatkan, kalau dia takde...sanggup x beli,...hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahah kan, ikut barista juga buat air sedap ke tak hehe.

      Padam
  2. Baca blog ni sbb nk tau cara claim Cake untuk birthday esok 😆. Terima Kasih kak untuk infonyaaa.

    BalasPadam
  3. Firsr try CEO latte ZUS tapi too milky , kopi langsung x rasa mungkin sb sikit sgt coffee dan susu byk sgt n kuat . Rasa mcm minum susu je . Mungkin i jenis yg kuat kopi . Tgk org lain komen sedap tapi kurang kaw utk org. Better lagi kopi warung .. coffee bean sedap, starbucks pun ok so far. . Personal taste.. Ada saranan kopi yg lebih kaw?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually barista pun main peranan. I suggest you try Thunder, americano campur sparkling water and honey. Hope it suits your taste!

      Padam

Close Menu