Travelog India 2017 : Taj Mahal, Agra

Hye guys. Aku nak share pengalaman aku travel ke India Utara masa zaman belajar di Manipal dahulu pada penghujung bulan Mac 2017. Memandangkan aku dari Manipal, route penerbangan domestik agak berbeza sedikit la. Naik kereta dari Manipal ke Mangalore, ambil flight ke Mumbai. Transit sekejap lalu ke Delhi.

Aku guna local travel agency ambil pakej 9 hari bersama seorang rakan kolej, Sha. Pakej ini cover Golden Triangle iaitu Agra, Jaipur dan Delhi lalu ke Kashmir. Tiket penerbangan, hotel dan makan dah cover sekali kecuali upah/tips, tiket/transport masuk ke monumen bersejarah dan aktiviti di Kashmir. 

Agra

Taj Mahal 

  • Nak masuk ke Taj Mahal jauh sikit dari gate utama jadi kena naik auto.
  • Tiket Rs1000, ada security check. 
  • Satu perkara di sana, mereka akan offer nak ambil gambar dengan upah Rs400, kalau tak nak boleh decline dengan elok. 
  • Bila nak masuk Taj Mahal kena pakai plastik cover kasut sebab nak preserve white marble dan kebersihan. Dalam kosong sahaja cuma ada replika makam Mumtaz Mahal dan Shah Jahan. Makam jauh di basement.

Masjid Taj Mahal 

  • Hanya dibuka untuk solat Jumaat. 



 Agra Fort (Red Fort)

  • 10 minit perjalanan dari Taj Mahal, tiket masuk Rs550 
  • Tapak Warisan Dunia UNESCO 
  • Dibina menggunakan red sandstone
  • Merupakan tempat tinggal dan pusat pentadbiran Dinasti Mughal sehingga tahun 1638
  • Dalam Agra Fort ada masjid, dewan persidangan dan bangunan seperti di bawah:




1. Jahangiri Mahal


2. Khas Mahal




3. Moti Masjid (Pearl Mosque)


Reka bentuk bangunan di Agra terinspirasi dengan rekabentuk Persian, Ottoman Turkish dan Hindu. Banyak unsur alam diukir di dinding, ada juga kelihatan corak gajah. Di Taj Mahal, surah Yaasin diukir menghiasi empat gerbang di sana. Corak bunga pada marble pula dibuat menggunakan batu permata seperti rubi, emerald dan sapphire.Selain itu di Agra Fort, tempat berehat dibina dengan mengambil kira musim panas dan sejuk. Arkitek pada zaman itu menggunakan konsep fizik untuk mereka ruang udara supaya udara panas/sejuk dapat dialirkan dengan sempurna.

Selepas melawat monumen bersejarah, kami ada pergi kedai marble, batu permata dan pembuatan barang kulit. Orang India pandai memujuk ye, dia akan pastikan kita pulang tanpa tangan kosong. Hati kena cekal sedikit dan tegas untuk menolak.Dah habis pusing di Agra kami makan dan rehat sebentar di hotel sebelum ke Jaipur yang mengambil masa 4 jam perjalanan.

Baca Travelog Jaipur, Rajasthan
Travelog New Delhi

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu