Kluang Rail Coffee dari Kaca Mata Lokal

Tak sah kalau tak review Kluang Rail Coffee, kopitiam paling popular dekat Kluang ni kan. Kami bertiga ke sana kira-kira dalam pukul 3 petang Sabtu lepas dan orang memang ramai. Beratur dalam 15 minit, akhirnya dapat meja di bahagian luar. Cuaca memang panas tapi masih selesa dengan keredupan yang ada. Pernah dengar tak frasa, "orang sini tak makan dekat kedai ni."? Keadaannya samalah macam di Kluang Rail Coffee. Sebab dah jadi tourist spot/hype, so kami jarang nak makan sini haha. Selalu kami pergi makan di MyKluang.

Kluang Rail Coffee 

Stesen Keretapi Tanah Melayu KTM, Jalan Station, Kluang 
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 7.00 pagi hingga 6.00 petang 

Sejarah Kluang Rail Coffee

Berusia hampir 85 tahun, kopitiam Hainan ini dahulu merupakan kantin bagi tentera British yang berulang-alik dari Singapura pada tahun 1938. Masih mengekalkan keaslian seni bina lama, roti kahwin dan kopi mereka juga mempunyai rasa yang istimewa. Katanya roti masih dibakar menggunakan arang, manakala biji kopi Liberica dikisar segar setiap hari. Selain outlet pertama di KTM, ada 4 lagi cawangan di Kluang yang menawarkan menu yang lebih banyak. Tambahan lagi, mereka turut menjual kopi dalam peket untuk dijadikan cenderahati pengunjung luar. 

Status Halal Kluang Rail Coffee

Mereka telah mendapat sijil Halal daripada JAKIM untuk 291 produk kopi, makanan dan minuman di restoran mereka. 

Cawangan Kluang Rail Coffee

Review Kluang Rail Coffee

Aku pilih untuk minum Kopi C Kosong manakala husband minum Kopi Ais. Setelah menikmati roti bakar yang disapu kaya dan mentega, nikmatnya lebih terasa bila minum Kopi C Kosong yang pahit. Kaw! Kopi Ais agak manis kata husband. Bun bakar, garing di luar lembut di dalam. Roti kahwin hidangan klasik yang wajib dicuba di sini. Garing dan sedap dipadankan bersama homemade kaya dan mentega. Rojak tauhu memang sedap walaupun kelihatan ringkas. Selain itu ada nasi lemak, meehun, laksa Johor, cucur ikan bilis, karipap dan telur 1/2 masak. 

kluang rail coffee


kluang rail coffee




Total makan dekat sini RM16.00. Mostly dah naik harga berbanding tahun sebelum ni. Kopi RM3+, roti RM2+. Aku datang sebab nak rasa suasana stesen keretapi lama sebelum dimusnahkan berikutan pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru. Dulu masa sekolah asrama di Sekolah Tinggi Kluang, aku selalu keluar outing ke bandar.  Shortcut dengan lintas trek keretapi, bodohnya masa tu. Kang tersangkut kaki tiba-tiba keretapi datang habis kena gilis. 

Menu Kluang Rail Coffee




Produk Kluang Rail Coffee

  • 2 in 1 Instant Coffee
  • 3 in 1 Instant Cofee 
  • Kopi Serbuk
  • Kopi Uncang  
  • Crispy Sambal Udang 


Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu