Menu Best Wajib Cuba di Family Mart Kluang

Family Mart bertapak di Kluang sejak Julai 2020. Waktu tu actually aku memang dah berhajat nak pergi Family Mart Batu Pahat, tup-tup husband kata ada signboard dah dekat bandar. 

Apa lagi, sanggup beratur walaupun kena jarak-jarak hehe. Family Mart merupakan rangkaian kedai serbaneka kedua terbesar di Jepun.

Bukan setakat dari Jepun, ada juga makanan inspirasi negara lain seperti Korea, UK, Taiwan dan Thailand (Around The World).

Family Mart Kluang

Lokasi 

108, Jln Haji Manan, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
https://goo.gl/maps/6mnDNMUAqFh2FYA56
Waktu operasi: 24 Jam

   

Status Halal

Central kitchen Family Mart iaitu QL Kitchen telah mendapat status Halal daripada JAKIM sejak 2019. 

Sehingga 30 April 2023, sebanyak 172 produk brand FamilyMart telah didaftar di portal Halal JAKIM. 

FamiCafe di Menara U, Shah Alam telah mendapat sijil halal dan menjadikannya convenient store pertama halal-certified. 

Menu dan Harga Makanan Family Mart

Hot Snacks

Apa yang sedap dan worth beli dekat Fast Food Corner? Corn sausage atau lebih famous sebagai corndogs. Jangan beli satu, beli 2 item (boleh campur) untuk dapatkan 50% diskaun.
 
Harga Double Cheese RM6.90, Triple Cheese RM7.90. Coating crispy tak berminyak, sosej besar, cheese sedap but beware sos pedas Korea. Dia buat pedas untuk balancekan rasa supaya tak senang muak. Ada sos cheese juga. 
Baca juga: 
family mart



familymart

Oden

Tak silap aku FM baru-baru dulu viral sebab oden dia kan? Kalau biasa tengok drama Korea, mesti craving nak makan oden. Tapi aku jarang sangat makan oden ni. Kalau nak beli kena beratur dekat line oden lepas tu line cashier pula.

Boleh pilih nak kuah sup atau tomyam. Lepas tu pilih fishcake/fishball bermula harga 80sen. Add on telur atau mi kalau nak. 

Dulu aku pernah beli paste tomyam FM dan satu beg frozen fishball makan dekat rumah je kalau nak jimat hehe. 

Selain itu, ada korean ramen sup/kering boleh beli yang ada cheese, ayam atau crabstick dari seksyen oden. 



Bento Box

Bento ada macam-macam jenis. Boleh panaskan di microwave dulu. Suggestion ialah Spicy Macaroni & Cheese. Kalau beli yang biasa (creamy), agak sedikit muak dan masin.

Selain pasta, ada bento berasaskan nasi juga. Yang aku pernah cuba Spicy Thai Basil Chicken Bento. Pedas, wangi... Macam aku cakap, tekak jawa ni tak boleh kalau tak pedas. Ambil yang rare baru berbaloi kan.



 

Onigiri

Onigiri (nasi sushi kepal berinti) kalau dia kata pedas memang pedas tak tipu ok. Boleh cuba Spicy Syiok. Onigiri segitiga illuminati pula lebih ringan filling dia. Yang aku pernah cuba Tako (sotong) dan Tuna Mayo. 


Bakery Bread

Special roti Family Mart ni mereka menggunakan tepung Jepun. Memandangkan aku berniaga roti, tepung Jepun antara yang mahal dan premium berbanding jenama lain kerana lebih lembut. 

Antara roti yang aku pernah makan ialah Korean Garlic Cheese dan Murasaki Sweet Potato Pan. Pan bermaksud roti dalam bahasa Jepun.  


Menu dan Harga Minuman Family Mart

Frappe

Frappe antara yang unik di Family Mart. Caranya pilih air pilihan dari peti ais dan bawa ke kaunter. Boleh pilih nak susu, coklat atau kopi untuk diadun bersama menjadi frappe/ice blended. 

My husband suka sangat Peanut Butter Chocolate, sedap berlemak. Cheese lover patut cuba Cheesecake, so yummy! Harga RM8.90.





Coffee, Matcha & Milkshake

Actually aku suka Iced Latte dan Brown Sugar Bubble Milk. Tapi kalau tak minat kopi atau boba, korang boleh order Sofuto Milkshake memang sedap dan unik. 

Milkshake kena ikut aiskrim Sofuto yang available pada waktu tu, mereka akan campur susu dan blend. Matcha Latte pun recommended. 





Menu dan Harga Dessert Family Mart

Desserts

My favourite is Original Pudding (puding karamel). Lembut, rasa telur creamy dan tak terlalu manis karamelnya. Sangat popular di Jepun, wajib cuba!

Satu lagi jenis ada topping cheese atas puding. Selain itu, Red Velvet Cake sedap, frosting cream cheese masam memang kena dengan kek yang sedikit pahit. Chocolate Lava pula boleh panaskan untuk nikmati coklat cair. 


Soft Serve Ice Cream 

Sofuto ialah soft serve ice-cream yang popular di Family Mart. Boleh beli dalam bentuk kon/cup (RM2.90) atau pint (RM7.90). 

Tapi untuk Red Velvet ni +RM1.00. Favourite aku of course Matcha. Matcha rasa kelat-kelat pahit, berlemak dan tak manis! 

Download App FM untuk sofuto FREE

Family Mart akan sentiasa update menu baru yang menarik setiap bulan. Boleh follow FB/insta page atau download app untuk tawaran yang lebih menarik.

Bila dah daftar app, jangan lupa redeem sofuto percuma waktu birthday. Setiap kali berbelanja di FM, scan loyalty QR code untuk kumpul poin. Boleh redeem makanan dan minuman percuma juga.

Promosi Terkini Family Mart 

Sofuto RM1.99

Tawaran promosi 5 Julai hingga 8 Ogos, Sofuto Cone hanya RM1.99 dari jam 9 malam hingga 1 pagi!


50% untuk belian minuman kedua

5 minuman segar terbaik sekarang dengan promosi Diskaun 50% pada minuman kedua dari jam 2 petang hingga 5 petang.

Nikmati minuman kegemaran anda seperti Teh Oolong Berperisa Peach Berkarbonat, Teh Hijau Berperisa Yuzu Berkarbonat, Teh Berbuih Jelly Lychee/Strawberry atau Matcha Vitagen. Jangan lepaskan tawaran eksklusif ini sehingga 15 Ogos 2023!


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. tengok semua macam nak beli jer.. patutlah orang suka pergi family mart nih..

    BalasPadam
  2. Makanan apa yg boleh dipanaskan di microwave family mart? Saya tak berapa reti. Ada sekali beli makanan tapi tkthu nak cakap mcm mana untuk suruh staff panaskan:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bento boleh panaskan, macam nasi dan pasta. Mostly makanan berat. Dekat sini staff yang selalu offer nak panaskan. Awk boleh terus tanya je, diorang ok. Hehe

      Padam
  3. macam macam ade ...sebab tu Kak Sal suka pi Family Mart . Harga pun ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita geng kak sal.. kadang datang cuci mata je haha

      Padam

Close Menu