Bila dah balik Kluang, kalau teringin nak makan nasi daun pisang mesti pergi makan di Restoran NSM. Masa dekat India Selatan dulu iaitu Manipal, aku suka makan seafood terutamanya di Pantai Malpe bersama nasi daun pisang. Ikan, udang dan sotong segar dan murah. Tinggal pilih dan mereka akan gorengkan terus di situ, boleh minta nak pedas atau tidak sebab mereka seasoning dengan rempah garam masala. Jika kami tidak ke restoran Muslim, kami akan pilih seafood atau makanan vegetarian. Begitu juga jika nak beli biskut di kedai runcit, kami pilih yang ada cop warna hijau (vegetarian). Kalau teringan nak makan ayam, ada kedai makan yang memang ambil dari pusat sembelihan ayam yang halal.
Nasi Daun Pisang Restoran NSM
24, Jalan Station, Kampung Masjid Lama, Kluang
Waktu operasi: 8.00 pagi - 8.00 malam
Review Nasi daun pisang NSM
Dekat sini memang ori pakai daun pisang yang dah dibersihkan. Nasi akan dihidang bersama acar limau, raita/yogurt timun, sayur pilihan pada hari tu macam bendi/kubis goreng. Pilihan kuah pula ada kuah kari ayam, kuah kari ikan dan kuah dal pekat. Kuah dal mesti bagi banjir baru ngam! Tapi tak boleh selalu la hehe. Papadom bulat juga diberi sekali dalam set asas nasi daun pisang. Husband pula akan minta rasam iaitu sup yang dihidangkan dalam gelas kecil untuk dihirup bagi menghilangkan rasa muak kerana rasanya masam berempah dan menyegarkan.
Untuk protein, kita boleh pilih apa yang ada di menu seperti ayam, kambing atau ikan goreng portion satu pinggan kecil. Menu wajib cuba ialah ayam paruval dan kari kambing. Lauk tak fancy sangat lah macam sotong ke, udang atau ketam tapi yang available cukup sedap untuk dinikmati. Aku tak sure diorang ada peria goreng ke tak sebab selalu makan dah lewat petang. Kalau dapat tu, memang sedap. Selepas makan, lipat daun pisang ke arah diri kita bagi menandakan ucapan terima kasih atas tuan kedai kerana menyediakan hidangan yang lazat.
Review roti puri, tosai dan capati
Selain daripada hidangan nasi daun pisang, mereka turut sediakan puri, idli, tosai dan chapati. Available dari pagi sampai ke malam kecuali idli. Aku suka makan tosai dengan kentang cicah chutney kelapa, memang padu. Puri dia jangan main-main, memang besar! Capati pula sangat lembut dan sedap bila digandingkan dengan kari ayam.
2 Ulasan
aduyai mencabarnya tgk di bulan posa haha
BalasPadamMemang sedap kalau banjir dal hehe
Padam