Review Bubblebee Shuib Sepahtu Kluang

Hye guys. Masa 13 Mac hari tu aku pergi Bubblebee yang baru buka di Kluang sempena 20% diskaun hari mengundi. Peh lama gila tunggu, hampir 2 jam weh. Aku terus jadi serba salah dekat husband sebab dia satu hari bertugas di pusat mengundi. Aku tengok staff ramai tapi servis slow sikit, maybe sebab mesin aiskrim tu kena refill dan tunggu beku kot haha. Tak sure la part tu. Mostly yang datang memang nak rasa aiskrim dia kan. Selain minuman ada juga kek, muffin dan makanan ringan.

Bubblebee 

40, Jalan Haji Manan, Kampung Masjid Lama, Kluang


Review Menu Bubblebee

Aku beli Honey Ice Cream Rm8.70. Basically ice cream, cornflakes dan sedikit madu. Satu lagi yang popular adalah Golden Series Ice Cream RM15.10 bezanya ada honeycomb dan golden pearl. I guess Shuib nak perkenalkan dessert yang 'sihat'? Aiskrim kurang rasa dan cepat cair. Too much cornflakes. Honeycomb manis sederhana dan tekstur lembut compare yang aku pernah rasa sebelum ni sedikit kenyal. Pearl? Aku tak sure tu sagu biji ke boba. Tak sedap weh, tak kenyal dan tak ada rasa. 

Husband minum Honey Cranberry Mint RM9.80, sparkling tapi kurang kick. Dia kata baik beli air Mountain Dew, lagi bergas menusuk-nusuk hidung haha. Good thing is, cranberry ni tak manis sangat just nice. Roasted Oolong Milk Tea RM9.80. Husband tanya oolong tea bukan sedap minum tanpa susu ke? Yes betul sangkaan dia. Ceroi ye milk tea ni. My bad salah pilih minuman dekat Bubblebee ni. Black pearl dia better sikit dari golden pearl, boleh lah buat kunyah-kunyah selit gigi. 

bubblebee

bubblebee



Nasib baik packaging dia cantik, sejuk sikit hati haha.  Aku rasa aku tak akan repeat lagi sebab price-wise memang  kurang berbaloi. Dekat Kluang ni banyak lagi kedai milk tea yang sedap dan murah. Aiskrim? Ada better option! Kek aku tak rasa. Banyak pilihan selain Red Velvet ni, ada chocolate, cookies and cream dan cheesecake. Kalau nak dine-in, ruang makan sangat luas sebab Bubblebee ambil 2 lot kedai. Nak lepak-lepak buat kerja pun ok. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu