Jangan tak tahu Kluang Mall makin meriah sekarang. Banyak company dah mula berani nak invest bisnes mereka. Actually, ramai juga orang Singapura yang mula duduk sini. Bila kerajaan umumkan kita akan masuk fasa endemik dan tak akan ada lagi PKP, banyak perniagaan yang buka outlet di tempat baru. Antara yang baru bertapak di Kluang Mall ialah Da Mang Ren dan Hot & Roll. Selain itu, ada Auntie Anne's dan llaollao.
Da Mang Ren
Kluang Mall
Facebook: Da Mang Ren - HQ
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam
Review Da Mang Ren
Mango Smoothie RM10.00 untuk regular. Ada 3 saiz iaitu small, regular dan large. Dia bagi lidi tu sebab bila dah habis minum air, boleh makan ketulan mangga di dalam cawan tu. Menarik kan? Rasa air mangga sangat pekat dan manis-manis buah. Aku rasa dia tak ada tambah gula. Mango Smoothie Fresh Milk with Golden Pearl RM13.00. Berbanding Mango Smoothie, air ni rasa light sikit sebab bersusu kan, kurang manis juga. Ada option untuk tambah pearl atau tidak. Pearl dia ok, chewy! Sama juga ada ketulan mangga untuk kita makan kemudian.
6 Ulasan
Dah lama tak turun kluang mall
BalasPadamBanyak kedai baru!
Padampekat likat nampak airnya. tapi nyesal plak tertengok gambo makanan tu haha
BalasPadamHaha ye sedap!
PadamMaaf nak tanya halal ke x ye dmr ni?
BalasPadamuntuk makanan supplier halal
Padam