Review Spicy McCrispy Chicken Burger, Spicy Beef Burger

Adam demam jadi aku tak masak dan tak prefer dine in luar jadi husband cadang order McDonald's je la. Aku bagitahu husband nak rasa menu baru iaitu Spicy McCrispy Chicken Burger.

Spicy McCrispy Chicken Burger 

Honestly aku tak reti sangat makan burger McDonald's. Maksud aku, aku tak reti nak enjoy makan Cheeseburger macam mana husband aku suka. Sebab tu aku prefer makan ayam goreng dia. Kadang-kadang aku rasa beef/chicken patty agak kering dan kurang rasa. Ketchup and pickles? No way!

Sehinggalah McDonald's keluarkan burger sos pedas. Rasa ngam makan burger, experience tu macam makan burger Ramly tapi tak perlu hadap sos dan mayo melimpah sampai benyai roti. Spicy McCrispy Chicken Burger ni aku suka sebab ayam dia crispy di luar, isi dalam masih lembut dan tak terlalu kering. Rasa manis ayam tu masih ada. Spicy Garlic Sauce dia memang pedas tapi aku tak rasa kekuatan bawang putih sebaliknya ada sedikit hint rasa masam. Aku tak nak cerita lebih pasal saiz, memang agak kecil tapi bagi aku cukup mengenyangkan. 

Harga Ala Carte: RM11.60


Spicy Double Beef Burger 

Aku lebih prefer spicy tomato sauce yang ada pada Spicy Double Beef with Cheese and Egg yang husband aku makan. Pedas dengan rasa umami tomato, rasa pedas tapi tak serik nak makan lagi. Ala-ala makan sambal ayam penyet. Gabungan sos ni dengan cheese memang padu bagi aku. 

Harga Ala Carte: RM11.79

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu