Taman Seri Impian Street Food | Review Papa Churros

Selain daripada jalan-jalan cari makan di pasar malam, aku suka ke Taman Seri Impian sebab banyak street food yang menarik dan unik dekat sini. 

Papa Churros 

Taman Seri Impian (Berhadapan Restoran Jamilah), Kluang
Facebook : Papachurroskluang
Waktu Operasi: 2.00 petang hingga 6.30 petang


Review Papa Churros

Churros Biscoff RM6.50 untuk 8 pieces. Mereka menggunakan coklat Beryl's yang dicairkan supaya biskut Biscoff dapat melekat pada churros. Gabungan ni tak terlalu manis, just nice. Churros rangup di luar, lembut di dalam. Walaupun dah sejuk, masih sedap dan tak lemau. Cuma aku tak dapat habiskan dalam satu masa, jadi nak simpan balik tu agak susah dengan packaging macam ni.
 
Churros Oreo RM6.50 untuk 8 pieces. Oreo ni memang klasik untuk dijadikan topping apa-apa dessert sekali pun, betul tak? Banyak oreo crumb dekat bawah tu, susah sikit nak habiskan sebab coklat dah kering. Aku rasa boleh beli extra coklat dip. Satu lagi mungkin boleh sediakan lidi sebab messy kalau makan dekat dalam kereta hehe. Overall dengan harga sebegini, sangat puas hati sebab sedap dan kenyang.




Street Food Taman Seri Impian 

Banyak pilihan selain kuih-muih dan air minuman, ada juga gerai yang menjual makanan berat seperti nasi kerabu dan nasi lemak tanpa santan. Kalau siang memang meriah dengan peniaga-peniaga di sini berbeza berbanding malam kurang kedai makan yang beroperasi. Suasana memang sunyi dan agak gelap. Ramadan nanti kawasan ni akan jadi tapak bazar Ramadan juga. Mungkin ada yang teruskan berniaga di sini, mungkin juga ada juga yang bercuti untuk fokus beribadah. 


Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu