Texas Chicken ni memang suka bereksperimen dengan flavour baru kan. Memandangkan Texas Chicken ni dari US, bahan yang mereka guna pun sedikit rare tapi kena dengan tekak orang Asia. Berbanding Mcdonald's yang orang kata banyak recycle bahan je instead cipta menu/burger baru. Tapi part dessert better, aku suka bila Mcdonald's keluarkan Mcflurry atau pie perisa baru.
Texas Chicken
Review Texadilla Texas Chicken
Untuk texadilla ni diorang guna 2 chicken thigh digabungkan bersama Poblano Ranch Sauce dan Green Chili Queso. Dilapik dengan American cheese dan dibalut dengan tortilla lembut. Makan seketul thigh pun dah kenyang weh. Cuma nak makan tu koyak-koyak sikit sebab tak boleh nak pegang. Aku rasa Texas Chicken boleh buat 2 tortilla wraps atau gulung macam burrito. Betul tak? 2 sos yang mereka pakai memang pedas. Poblano dan green chili tu yang bagi pedas, tapi ada cheese yang redakan sikit rasa terbakar tu. Queso tu pun actually cheese dari Mexico. RATE 8/10!
Baca juga:
Review Crimson Crunch Texas Chicken
Ayam goreng Crimson Crunch ni keluar Januari lepas sempena Chinese New Year. Crimson itu sendiri bermaksud warna merah. Terinspirasi dengan shrimp roll, Texas Chicken keluarkan flavour udang pedas ni. Coating ayam goreng ni ialah gabungan cili kering, udang kering, breadcrumb, bawang goreng. Rasa udang memang kuat tapi macam pelik sikit lah makan ayam tapi rasa udang haha. Makan ayam ni memang kecah lah. Aku actually kurang suka breadcrumb sebab dia akan rasa berminyak sedikit, tapi rasa pedas tu overcome rasa muak. Yang lain macam biasa lah, ayam besar dan juicy. RATE 7/10!
0 Ulasan