Hye guys. Pengembaraan di Golden Triangle diteruskan ke Jaipur, Rajasthan yang mengambil masa 5 jam dari Agra. Kami ke bandar yang mendapat jolokan nama Pink City kerana binaan di sana menggunakan red dan pink sandstone.
Jaipur
Hawa Mahal
- Mahal sebenarnya bermaksud istana ataupun bangunan. Hawa Mahal ini merupakan kediaman wanita pada waktu pemerintahan Maharaja Sawai Pratap Singh.
- Mempunyai 953 tingkap, Hawal Mahal juga dikenali sebagai Palace of Breeze. Siapa dibalik tingkap itu? Mereka ialah kerabat diraja yang dilarang untuk menonjolkan diri di khalayak ramai dan hanya boleh melihat dunia luar dari tingkap sahaja.
Maharaja's High School
- Antara sekolah terawal di bina di Jaipur
Amer Palace (Amber Palace)
- Lokasi: Amer, Rajasthan
- Kubu ini dibina oleh oleh Meena lalu ditadbir oleh Raja Man Singh pada tahun 1592
- Diperbuat dari red sandstone dan marble
- Cara naik ke kubu boleh berjalan kaki, naik Jeep (Rs 450) atau menaiki gajah (Rs1100)
Kena naik ke atas naik Jeep. Ada juga yang naik gajah. Tapi waktu kitorang gajah dah penat hehe...
Maotha Lake
Sheesh Mahal (Hall of Mirrors)
Museum
Overall view dekat sini sangat cantik sebab atas bukit. Bangunan di sini ada dewan bersidang dan kediaman. Paling menarik Sheesh Mahal sebab rekabentuk dan hiasan dalaman banyak cermin yang cantik. Cuaca agak panas, biasalah India kan. Nasib baik dah biasa dekat tempat belajar. Selepas melawat Jaipur, aku ke Delhi pula. Nantikan sambungannya ok.
Baca Travelog New Delhi
Travelog Taj Mahal
2 Ulasan
Bestnya. Teringin nak pergi India sebab minat Hindustan. Hihi
BalasPadamBest sini kak. Banyak tinggalan sejarah dan budaya
Padam