Travelog India 2017 : New Delhi

Hye guys. Lokasi terakhir Golden Triangle iaitu Delhi. New Delhi adalah ibu negara India. Seperti Putrajaya, pejabat pentadbiran terletak di tengah-tengah kota ini. 

New Delhi 

India Gate 

  • Tugu peringatan perang tentera India pada World War 1 (1914-1919), hampir 13,000 nama pejuang dicatat pada tugu ini. 



President's House, Parliament, Government Secretariat Buildings.



Baca juga:

Masjid Jama

  • Tiket Rs300
  • Antara masjid terbesar di India dibina pada tahun 1650-1656 oleh Kaisar Mughal Shah Jahan 
  • Perlu tinggalkan kasut di pintu masuk 
  • Masjid berkonsepkan open air




Oke guys actually ada beberapa tempat yang aku singgah kejap dan view dari kereta je. Gambar pun tak ambil sangat. Honestly utara India memang sesak dan serabut haha. Memandangkan aku study dekat Selatan, dekat sana lagi banyak tempat boleh travel especially nature lover lah. Manipal, Belgaum, Devangere, Bangalore - tempat student Malaysia belajar medik. Kalau musim hujan/sejuk, memang menggigil. 

Kotor? Ingat Malaysia bersih sangat, tiber. Bau hancing tu biasa dah, lagi-lagi dekat stesen bas. Tempat bersih lagi banyak nak fokus. But... bila travel kita bukan setakat tengok kebersihan. Kita nak belajar sejarah dan budaya satu-satu tempat tu. Belajar lagi bersyukur. Dia akan lagi terkesan kalau kita dah baca banyak tentang sejarah, tengok dokumentari atau filem tentang Mahatma Gandhi atau perang Pakistan-India. Lagi menghayati. 

Soal makan tak perlu risau sebab makanan halal banyak. Kebersihan makanan pun tak perlu risau sebab makan di restoran lebih baik. Satu hidangan boleh share 2 orang, jimat. Kalau boleh minum air botol lagi ok. Beli dari peti ais, sejuk-sejuk nikmat haha. Macam aku cakaplah, kalau nak tempat yang best baik travel Manipal dan sekitarnya. Untuk edisi kembara di Kashmir, aku tak ada gambar sangat sebab aku terhilangkan memory card. Tapi inshaAllah aku usahakan juga up pengalaman di sana. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu