Ayam Goreng Fast Food Paling Sedap

Siapa kenal Jiela dari Tiktok, video makan dia selalu FYP kan. Husband yang share video ayam goreng fast food ni, mostly apa yang dia review pasal ayam goreng ni memang betul! Mana taknya sampai 2 Juta view! Video dia jugalah yang membuatkan aku cuba ayam goreng spicy Marrybrown untuk buka puasa. Kalau tak selama ni memang layan ayam Mcdonald's dan Texas sahaja. 

Ayam Goreng Fast Food Paling Sedap 

ayam goreng fast food



1. Mcdonald's


Memang tak dinafikan ayam goreng McD berhak mendapat tempat pertama. Bagi aku yang pedas paling sedap berbanding original. Ayam saiz besar, coating crispy dan rasa pedas sampai ke isi. Bertahan masih rangup walaupun dah sejuk. Kalau dulu tak reti makan bahagian isi, bila ayam McD boleh pula habiskan. Sampai tak perlu cicah sos cili lagi. Bagi yang nak lebih adventure boleh cuba 3X spicy!
Baca juga:
ayam goreng fast food


2. Marrybrown 


Actually aku dah cuba banyak ayam goreng Marrybrown setiap kali mereka keluarkan flavour baru, cuma waktu tu aku belum aktif berblog jadi tak ada lah review. Antara yang aku pernah makan ayam goreng Salted Egg, Gangjeong dan Tomyam. Bagi aku Marrybrown memang menjadi bila buat experiment flavour baru ni. Tak kedekut coating dan sedap yakmat! Rupa-rupanya aku tak pernah beli ayam goreng biasa mereka. Bagi aku ayam Marrybrown ni crispy waktu panas tapi agak soggy sikit bila sejuk. Kepedasan sederhana sahaja, ada rasa rempah. 

ayam goreng fast food


3. Texas Chicken 


Macam Marrybrown juga, aku layan ayam goreng Texas bila mereka keluarkan flavour baru macam Glazed Herb Garlic dan Crimson Crunch. Antara kelebihan Texas, ayam goreng dia paling besar dan segar. Korang akan perasan dagingnya masih kemerahan tapi sempurna masak. Ayam goreng original Texas tak kurang hebatnya, coating crispy tapi tak terlalu tebal. Yang spicy, rasa pedas sederhana dan kurang berempah. Secara peribadi aku akan letak Texas di ranking ke-2 selepas Mcdonald's. 



4. KFC


KFC pernah mengunguli carta ayam goreng terbaik selama berpuluh tahun dahulu tetapi kualiti mereka makin ke laut. Ayam juga semakin kecil. Aku dah tak makan ayam KFC lepas dapat ayam tak segar dan terlalu berminyak. Seakan-akan digoreng tak cukup panas, coating juga tak crispy. Yang nostalgik hanyalah bau rempah yang harum. Harap KFC dapat improve makanan dan servis juga. 




5. A&W


Aku rasa A&W sekali sahaja pada awal pembukaan outlet di Kluang. Coating ayam goreng Aroma agak masin dan terlalu berminyak. Mungkin baru lagi buka, staff tak mahir lagi goreng ayam. Aku akan bagi chance lagi dekat A&W in case nak makan lagi dekat sana sebab root beer dia memang sedap! Waffle A&W pun not bad. Waktu aku cuba HunnyButter A&W, rasa ayam dah better!



@fhazilanasir

Reply to @azlyniss kalau korang suka ayam apa ? #MakanLokal #foodreview #MYFoodie #fyp #tiktokmalaysia

♬ Si Gendut - Agus Gobang

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Ayam goreng Texas memang sedap!!! Dan rasa sihat berbanding ayam goreng KFC..tapi tu lah, Texas jauh sikit dari rumah...yang dekatnya KFC, Marrybrown, McD..hahaha!

    BalasPadam
  2. dulu mama suka kfc, pastu mcd, skrg suka texas plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita geng. Texas paling lambat buka kat Kluang huhu..

      Padam

Close Menu