Insaf berbuka dengan TEXAS Chicken Ayam 8 Lada

Dari awal puasa hari tu aku teringin nak rasa Texas Chicken Ayam 8 Lada ni sebab nampak menarik. Tapi husband tak kuat makan pedas lagipun dia ada gastrik jadi takutlah nak makan. Minggu ni tak sempat beli lauk, aku dah masak sayur so aku minta husband beli ayam goreng. Jadi dia beli yang original dan aku dapat Ayam 8 Lada!

Texas Chicken 


Texas Chicken Ayam 8 Lada Review 


Mula-mula buka bau macam ayam goreng Korea. First bite, coating dia agak sedikit masin dan slightly manis. Rasa pedas tu bila kau dah start makan banyak. Pedas dia sampai pijar mulut dan tangan! Bayangkan 8 jenis lada dia campur. 8 jenis lada yang digunakan dalam pembuatan sos pedas:
  • Lada Cayenne 
  • Lada hijau thai 
  • Lada ancho 
  • Lada hitam
  • Lada merah 
  • Lada chipotle
  • Lada szechuan
  • Lada Jalapeno 
Masa makan thigh, memang pedas berasap mulut. Makan part dada ok sikit sebab sos tu perasakan isi ayam yang tebal tu. Aku suggest makan dengan nasi untuk tone down rasa masin, dalam masa yang sama still dapat menikmati kepedasan ayam. Ayam ni kalau tak masin, mungkin akan repeat sebab aku memang tak kuat masin huhu. Manis ok macam ayam korea, masin spoil sikit. Set 2 ayam dapat sekali dengan Chocolate Chips Honey Butter biscuit, mashed potato dan air RM17++. Memang ngam sebab bila tak tahan pedas tu boleh makan dengan biscuit ni. Sedap macam biasa, crispy di luar lembut di dalam. 
Baca juga:

Ayam Goreng Texas Original Review 

Untuk husband dan pak mertua, ayam original set dengan nugget RM19.99. Berbaloi! Ayam goreng Texas saiznya lebih besar, rangup dan segar berbanding pesaing yang ada. Cubalah sekali, mesti anda akan gemarkannya.



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Fuhhh..8 jenis lada tu. Tengok jenis lada rasa takut pulak nak makan. Tapi suka gak makan pedas pedas. Tulah kan, kalau masin patah selera nak makan.

    BalasPadam
  2. Hari tu Syu makan sedap. Alhamdulillah x masin. Banyak kali repeat. Hu3.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best tu kalau sos dia tak masin sangat. Memang sedap kan

      Padam

Close Menu