Moreh lagi dengan Tealive Sparkling Pink Guava Tea with Roselle Jelly

Dengar kata orang ramai dah mula membeli-belah untuk raya. Habis mall kena serbu. Dekat Kluang masih terkawal lagi cuma dah mula jem bila jalan di bandar. Satu perkara di Kluang bila jalan tutup untuk bagi laluan kepada bazar Ramadan dan Aidilfitri, memang akan sedikit sempit dan sesak. Baru-baru ni pun ada kemalangan yang melibatkan kawasan bazar.

Tealive Sparkling Pink Guava Tea with Roselle Jelly

Semalam moreh husband teringin nak minum Pink Guava lagi lepas rasa Pink Guava Milkshake yang aku beli awal bulan lalu. Jadi dia beli Sparkling Pink Guava Tea half sugar. Walaupun half sugar, masih manis ya guys. Penyelamatnya adalah sparkling yang kuat gasnya ditambah rasa jambu yang agak kelat-kelat pahit. Gabungan rasa dengan roselle jelly yang masam menjadikan air ni enjoy untuk dinikmati. Kalau nak compare dengan milkshake, sparkling best sikit dengan syarat kurangkan lagi gula ke slight.

Tealive Sparkling Pink Guava Tea (L) RM9.30 


Aku pula beli Brown Sugar Pearl Milktea. Yang ni ok, tak terlalu manis. Rasa karamel dari brown sugar sedap bila berganding dengan teh susu. 

Promosi ni applicable untuk minuman berharga RM6.90 ok, selalunya saiz regular. Hanya ada di Tealive shoplots sahaja.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Close Menu