Puasa kali ni jatuh musim mangga dan durian. Dua buah kegemaran aku ni, lagi-lagi bila tokey kedai kata durian jatuh harga dah. Betul ke? Aku pun tak pasti hehe. Aku selalu beli dah siap kopek, dalam harga RM20 sebekas. Rasa secure sebab dah nampak isi elok semua, tak mengkal atau busuk. Setakat ni durian yang aku gemar D24 dan D101.
Pulut Mangga dan Durian
Seperti kebanyakan orang muda macam aku ni, ada sedikit inferiority complex untuk masak pulut. Yela, pulut kan macam masakan tradisional. Bila tengok Khairul Amin masak guna rice cooker je, aku rasa terus nak cuba. First time masak, pulut ada melekat di dasar periuk. Susah wo nak berus. Second time masak, aku rendam pulut dulu dalam 15-30 minit macam tu sebelum masak. Kali ni tak melekat! Memang banyak beza dari segi tekstur bila tanak atau kukus pulut. Tapi untuk beginner macam aku sedap dah hehe.
Resipi Pulut Mangga :
1 kotak kecil santan
1 kotak kecil air
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
3 sudu gula
1 sudu tepung jagung - kemudian dicampur dgn air
1 cawan beras pulut
Air
Daun pandan
1 kotak kecil air
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
3 sudu gula
1 sudu tepung jagung - kemudian dicampur dgn air
1 cawan beras pulut
Air
Daun pandan
1. Buat kuah santan dulu dengan 1 kotak santan dan 1 kotak air.
2. Letak daun pandan, garam dan gula.
3. Asingkan sedikit untuk pulut sebelum masukkan bancuhan tepung jagung.
4. Rendam pulut dulu dan tanak dalam rice cooker (air paras pulut). Tekan cook sampai jadi warm.
5. Gaul pulut dengan santan tadi dan tekan cook lagi. Biar 30 minit warm baru buka.
6. Hidang pulut dengan kuah santan bersama mangga dan durian.
Lassi Mangga
Actually aku nak beli blender asing tapi asyik lupa. Jadi aku google petua nak bersihkan blender dari kesan cili. Aku guna cuka dan garam, bersih! Lassi ni aku biasa minum masa dekat India dulu. Basically lassi ni air buah yang dicampur susu dan yogurt. Memang berlemak, masam manis. Kiranya macam smoothies atau milkshake. Lagi-lagi orang India buat tak campur banyak air, memang pekat. Ais pun tak campur, sebab diorang pakai buah yang dibekukan dalam peti ais dulu. Aku buat agak-agak je amountnya, eyeball je orang kata.
Resipi Lassi Mangga:
Mangga 2 biji dikupas dan dicincang
Yogurt 2-3 sudu
Susu full cream 1 kotak kecil
1. Blender semua bahan sehingga sebati dan hidang.
Sumber Google
6 Ulasan
Ohh tengah musim durian rupanya. Perasan banyak orang jual mangga je. Musim buah harumanis jugaklah sekarang ni kan. Lassi tu pekat tapi kurang gemar kalau pekat sangat.
BalasPadamNak beli harumanis tapi tak confident lagi haha.. harga pun boleh tahan.
Padamwow sedap ni
BalasPadamSedap Mama!
PadamSuka pulut mangga.Hari tu nak buat. Tapi mangganya dah habis kena ngap.Ha3.
BalasPadamHaha kena asing siap-siap tu
Padam