Review Tealive Kitkat Coco Wafer Smoothie

Untuk raya kali ini Tealive keluarkan minuman baru hasil kolaborasi dengan Kitkat iaitu Coco Wafer Smoothie. Sebelum ni Tealive bekerjasama dengan biskut Famous Amos dan minuman mereka memang meletup. Untuk coklat Kitkat pula, aku tak berapa nak gemar sebab manis. Selalunya kalau nak makan coklat aku akan pilih Whittaker's atau Ritter Sport. So aku tak letak high expectation untuk minuman ni. 

Review Tealive Kitkat Signature Smoothie

Sangkaan aku jauh meleset bila aku rasa Signature Smoothie. Sedap, tak manis sangat! Diorang letak satu scoop Kitkat Spread dan cebisan wafer Kitkat sebelum tuang smoothie ke dalam cawan. Masih terasa crunchy wafer semasa minum air ni. Rasa Kitkat Spread lemak manis dan enjoyable bila campur dengan susu. Cuma kena mix betul-betul sebelum minum sebab Kitkat Spread ni pekat dan melekat dekat tepi cawan. Bagi pendapat aku lah, Kitkat Spread ni bila diorang launch boleh jadi sepopular Biscoff dan Oreo yang biasa kita makan bersama dessert. Lagi-lagi bila letak sebagai topping cheesecake yang masam-masam creamy tu. 


Seleksi minuman kali ini ada sedikit mahal sebab Berry Smoothie berharga RM11.25 manakala Signature Smoothie yang aku dah rasa ni RM12.15. Lepas ni kalau dapat duit raya, bolehlah rasa Berry Smoothie tu pula. Tapi Adsense pun belum bagi duit raya, tiber. 


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Baru semalam tengok2 menu dekat apps Tealive nih..hari ni nampaknya kena beli juga la..menarik :)

    BalasPadam
  2. Rasa yang biasa tu so so je. Berry tak prnah rasa lagi. Ada yg ckp berry punya lg sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Husband pun cakap yg famous amos lagi sedap hehe..

      Padam
  3. fuyoo tgk nama aje pun dah terliur belum lagi tgk gmabar air tu

    BalasPadam

Close Menu