Kaki Family Mart mesti tak jemu nak datang sini sebab diorang selalu keluarkan produk baru. Kalau bukan dessert baru pun, selalunya flavour lain la at least. Ni antara dessert yang aku makan waktu Ramadan dan Raya hari tu.
Dessert, Sofuto dan Minuman di Family Mart
Mango Froyo Sofuto
Sedap rasa mangga dan masam-masam yogurt refreshing betul. Tak manis sangat yang penting. Boleh makan dengan waffle cone atau request jadikan milkshake. Tapi kat tempat aku tak ada stok pula sekarang diorang rotate coklat dengan matcha. Aish..
Madagascar Vanilla dengan topping Sakura Blossom
Biasa sahaja sebab rasa vanilla. Tak ada wow effect pun just topping rasa crunchy. Tak silap aku boleh pilih topping oreo crumb kalau nak.
Brown Sugar Bubble Milktea
Packaging baru tak secure langsung haha. Aku tak perasan penutup dia longgar, air tumpah dekat seat kereta adoii. Bubbletea di FM antara yang sedap dan murah tapi kuantiti agak kecil.
Matcha Latte
Betul ke ada orang tak suka Matcha atau green tea sebab rasa macam sabun? Payau ek. Setakat ni aku suka matcha sebab pahitnya refreshing. Kalau dah bosan dengan kopi aku tukar angin dengan matcha. Kafein tetap ada, hati-hati kalau nak minum.
Tiramisu Parfait
Kalau craving nak makan tiramisu boleh try dessert ni. Memandangkan aku dah pernah buat tiramisu sendiri menggunakan Mascarpone cheese, Ladyfingers dan kopi, rasa Tiramisu Family Mart ni sederhana sahaja. Lebih kepada creamy dan manis.
Lotus Biscoff Roll Cake
Apa je tak best bila ganding dengan biscoff? Rasa caramel, salty dan cinnamon memang unik. Kalau layan dengan kopi lagi best. Roll cake ni lembut dan sedap bila pair dengan whipped cream yang ditabur biscoff crumbs. Anything yang ada whipped cream kena makan cepat atau simpan terus dalam peti ais. Kalau biar dekat luar nanti tekstur cream berubah jadi tak sedap.
Rich Chocolate Roll Cake
Chocolate lover patut cuba! Coklat dekat Family Mart ni lebih kepada dark chocolate, masih ada pahit koko tu bukan sekadar manis sahaja. Selalu makan roll cake rasa krim tu sikit kan, yang ni memang terlebih-lebih krim.
Double Chocolate Muffin
Favourite my husband! So rich dengan coklat cip. Muffin rasa macam kek coklat moist.
Strawberry Maritozzo
Dessert Itali ni adalah roti manis yang dipaipkan whipped cream di tengah. Ada sedikit strawberry jam dan kepingan strawberry yang masam. Aku lebih prefer Cookies and Cream. Kalau suka makan bomboloni, boleh try dessert ni sebab tak muak sangat.
0 Ulasan