Kopi Pior Cafe Retro P. Ramlee

Bermula dari street coffee, Kopi Pior mengembangkan perniagaannya dengan sebuah restoran. Selain daripada signature drink iaitu Kopi Pior, mereka turut menyajikan hidangan berat seperi nasi beriani, western dan kudapan petang. Melangkah ke dalam restoran, aku disambut dengan dekorasi retro yang mengimbau kenangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. 

Kopi Pior Cafe

Alamat: No 173, Jalan 1, Taman Sri Kluang, Kluang
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. 
Facebook : Kopi Pior
Lokasi bersebelahan Kluang Western Cafe


Review Menu Kopi Pior 

Croissant cheese (RM4.20) ni sedap! Memang nak hunting croissant lepas makan croffle dekat Batu Pahat bulan lepas. Dapat juga makan dekat sini. Kalau jumpa salted egg pun best juga. Selain cheese, ada pilihan inti coklat. Husband order Belalang Meal (RM6.50) sebagai kudapan. Nama-nama menu adalah inspirasi daripada filem P. Ramlee. Lagu-lagu nostalgia turut diperdengarkan di dalam cafe. Selain itu ada dimsum, pau dan roti sangkaya. Ada beberapa pilihan dessert seperti burnt cheesecake dan chocolate moist. Nasi beriani pula dihidangkan dengan ayam panggang, ketam lembut atau boleh pesan lamb shank dan beef ribs! 

Vanilla latte (RM7.50) dan matcha iced (RM3.50) ok-ok sahaja. Kalau nak minum sini better beli Kopi Pior RM5.00. Husband selalu minum Kopi Pior Special tapi kena order dengan waiter sebab tak ada dalam sistem. Pilihan minuman yang ada ialah air panas, sejuk dan frappe. Non coffee pun ada seperti chocolate frappe. Ada kopi unik seperti kopi tenggek dan kopi terbalik yang pernah viral sebelum ni. 

kopi pior


Menggunakan sistem scan QR code untuk order online, bayaran di kaunter cash/debit. Ada sedikit glitch menyebabkan order aku tak masuk ke sistem dapur dan lambat hantar ke meja. Sedikit sahaja masalah teknikal yang berlaku. Korang boleh juga order menu dari Kluang Western Cafe vice versa sebab owner sama. Overall dari segi suasana memang unik dan satu pengalaman yang baru. Cuma agak sedikit panas pada waktu siang. Dari segi makanan belum cuba lagi nasi beriani. InshaAllah next time kalau ada rezeki. 

kopi pior





Menu dan Harga Kopi Pior 














Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Kena masukkan ni dalam my JJCM list in Google Map la,, next time singgah boleh try recommendation sis... best juga kan tengok setting siap ada board games lagi...

    BalasPadam
  2. sangat klasik deco dalam kedai ini...boleh meningkatkan selera juga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kena dengan jiwa peminat P Ramlee memang best..

      Padam
  3. Kalau berbaloi, boleh repeat lagi.

    BalasPadam
  4. Kisahnya ada kafe dia. Okay nak serbu. Tq share :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru je. Owner pun ada beberapa kedai famous di Kluang antaranya Kluang Western Cafe hehe

      Padam
  5. cantik lah deko dia. Instagrammable sangat restoran ni. Menu pun unik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Tapi saya segan kalau ambil gambar sendiri posing huhu

      Padam

Close Menu