Aku actually tak biasa dengan kedai makan Kak Esah ni sebab agak jauh dari rumah. Jadi bila teringin nak makan nasi kandar, aku cuba la ke kedai ni. Rupa-rupanya nasi kandar hanya dijual pada bulan Ramadan sahaja.
Banyak pilihan makanan dekat sini, ada masakan Melayu, Thai, Western dan semestinya roti canai dan thosai dengan harga yang berpatutan. Menu yang mempunyai nama Kak Esah contohnya Rojak Kak Esah adalah special menu yang menggabungkan ayam, daging dan seafood seperti udang dan sotong.
Kedai Makan Kak Esah
Alamat: 2, Jalan Sahabat, Taman Emas, Kluang
Waktu Operasi: 4.00 petang hingga 1.00 pagi
Review Menu Kedai Makan Kak Esah
Bila minum Coconut Shake teringat pergi Klebang, Melaka masa uruskan pendaftaran ke Manipal. Kali pertama pergi tumpang rumah kawan. Kali kedua, konon-konon honeymoon dengan husband sekali tersilap pin waze sampai ke A Famosa Resort. Patutlah rasa jauh sangat perjalanan dari Muar. Adeh...
Baca juga: Kerang masak kamheong
Mee goreng kerang paling famous dekat sini! Wajib cuba. Apa-apa masakan berasaskan kerang pun boleh cuba, kerang memang tak kedekut. Rojak Kak Esah sedap, kuah sangat pekat dan rasa kacang agak kuat. Sotong ring ok tak liat, HALAL ye haha. Ada gerai lain juga yang menyajikan bubur berlauk, tauhu goyang, burger dan sate. Tapi tak tahu sate nak berniaga lagi ke tak, 3 kali datang tak buka.
Review nasi goreng di Kedai Makan Kak Esah
Nasi Ujang ok not bad la. Kadang dia buat termasin dan kurang pedas. Kali pertama pergi hidang nasi putih, yang terbaru hidang dengan nasi goreng. Nasi goreng ayam rasa pedas, kena dengan tekak aku. Ayam satu portion ok la. Tapi kan aku masih ingat nasi goreng ayam masa kecil aku makan dulu ada sambal cili dituang pada ayam goreng. Warna nasi pula merah, bukan coklat. Adakah itu 'nasi ayam' goreng?
Nasi goreng USA, daging memang banyak. Ada yang lembut dan ada yang liat sedikit. Nasi goreng U.S.A ni ada tempat hidang udang, sotong, ayam betul ke? Part nasi goreng tu aku rasa dia dah goreng banyak sekaligus.
Harga barang banyak naik, dia ada ubah sikit rasanya cara masakan tu dalam masa yang sama cuba kekalkan harga. Overall harga masih dalam range RM7-9 untuk hidangan yang aku makan. Ramai juga yang order guna Grabfood dan Foodpanda kedai Kak Esah ni.
0 Ulasan