Peminat Ayam 8 Lada mesti gembira bila Texas Chicken keluarkan semula Fire Dragon Burger ni. Nama pun 'fire' memang pedas! 'Dragon' pula merujuk kepada size burger yang besar. Texas Chicken memang terkenal dengan ayam gorengnya yang besar, rangup dan segar. Namun begitu namanya masih asing dalam kalangan penggemar ayam goreng KFC. Outlet di Kluang pun baru sahaja dibuka pada tahun 2020. Tapi bila dah rasa ayam goreng Texas, memang tak pandang yang lain dah.
Texas Chicken
Fire Dragon Burger Reviw
Aku beli Fire Dragon Burger Set A yang merangkumi crisper (kentang wedges) dan soft drink. Tahap kepedasan memang boleh dijangkakan sebab aku dah pernah review Ayam 8 Lada sebelum ni.
Baca juga:
Hampir-hampir rasa seperti sos samyang Korea tapi lebih pedas menyengat. Coleslaw berjaya seimbangkan rasa pedas ditambah pula dengan sekeping cheese. Kepingan thigh ayam pula crispy dan juicy. Aku hampir give up nak habiskan satu burger yang besar ni. Tak dapat bayangkan kalau makan yang Monster punya. Sebab pedas sangat aku keep minum coke zero untuk legakan tekak. End up penuh dah perut dengan air haha. Tambahan lagi Texas dah gantikan fries dengan crispers which is lagi sedap! Tak masin pun. Bagi aku berbaloi harga burger dengan kepuasan yang kita dapat bila makan Fire Dragon Burger ni.
Ada 3 pilihan untuk menikmati Fire Dragon ni iaitu Fire Dragon Burger, Fire Dragon Monster Burger dan Fire Dragon Wrap.
4 Ulasan
Belum pernah cuba. Dah singgah Texas. Tapi bila cakap macam Ayam 8 Lada, rasanya boleh bayang macam mana rasa burger ni.
BalasPadamYes memang berapi!
Padamdah lama tak makan texas, tak tahu pula ada menu baru. Boleh try ni hehe
BalasPadamTry taw wak hehe
Padam