Actually aku dah lama tak makan pizza, tup-tup husband beli untuk lunch. Domino's Pizza keluarkan semula siri pizza Ssamjeang ni sebab ramai yang suka. Kebetulan Money Heist Korea tengah tayang dekat Netflix, memang kenalah masanya.
Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza Review
Gigitan pertama dah terasa kehangatan sos "ssamjeang". Ssamjang adalah dipping sauce yang dimakan bersama daging BBQ. Pedas, masin, manis dan rasa umami terbit daripada doenjang (soybean paste) dan gochujang. Rasa umami cili Korea lebih "clean" dan "sharp" berbanding sambal Melayu yang lebih dominan rasa bawang.
Crust yang nipis dan garing memberi peluang kepada topping beef bulgogi untuk menyerlah disamping keju, tomato ceri, taburan bijan dan seaweed.
Daging masih juicy dan empuk, potongan tak terlalu nipis. Gandingan yang terbaik dengan sos pedas! Aku boleh bagi 9/10 untuk pizza Ssamjeang ni, memang puas makan dan yang penting tak muak.
Tapi kena warning kalau budak-budak nak makan ye, memang pedas. Ada pilihan Tuna dan Ayam kalau nak rasa yang lain.
2 Ulasan
hye qila! thanks for this ! yup dah try order memang sedap! pedas mengancam!
BalasPadamHi! Glad to hear that ❤️
Padam