Kalau kita goreng sendiri cempedak, mesti kita tak akan terkejut kenapa harganya agak mahal di gerai tepi jalanan. Lagi-lagi dengan harga minyak yang mencanak naik. Membeli cempedak seakan-akan membeli durian kerana harganya mencecah RM10/kg. Ditimbang dengan kulit tebal dan biji, isi di dalam kekal misteri. Jika tak bernasib baik, tiada seulas pun cempedak untuk digoreng. Putih mata!
Aroma cempedak yang wangi memang mengundang. Sedap dimakan terus atau boleh digoreng. Silap teknik cempedak jadi terlalu berminyak dan muak. Jadi aku guna resipi ringkas ni dan hasilnya sangat memuaskan! Cempedak goreng rangup di luar dan tak serap minyak.
Resipi Cempedak Goreng
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung beras
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit untuk warna
3 sudu besar minyak masak panas
1. Adun semua bahan kecuali minyak hingga sebati.
2. Masukkan minyak panas dan gaul lagi.
3. Boleh tambah air kalau adunan tepung masih pekat. Pastikan adunan dapat menyalut nipis cempedak.
4. Masukkan cempedak satu demi satu dan goreng dengan api yang panas.
Baca juga: Resepi donut mudah dan gebu
Adunan ini boleh juga digunakan untuk goreng pisang, keledek atau sukun. Renjiskan adunan tepung ke dalam minyak untuk hasilkan kriuk-kriuk.
4 Ulasan
Sedapnya cempedak goreng. Kegemaran Mrs.A ni
BalasPadamBau dari jauh pun sedap kan..
PadamBetul tu... pernah saya beli cempedak, kemain gebu. Berat 2.5 kg. Sampai rumah dapat 3 ulas jew!
BalasPadamAduh memang sedih kalau macam tu. Kalau boleh nak je buka depan kedai kan hehe
Padam