Laman Niaga Railway Popinut dan Durian Crepe ft ZUS Coffee

Aktiviti weekend kalau aku tak busy buat kek, kitorang akan keluar jalan-jalan sambil cari benda best nak makan. Memandangkan husband kerja swasta, Sabtu half day. Ahad je cuti. Jadi memang rugilah siapa tutup kedai hari Ahad haha. Bagi aku, bila business dekat Johor ni kena ambil cuti selain hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Nak raikan customer gomen dan swasta la. Kan, betul tak? Hehe. 

Antara yang bakal beroperasi di Kluang ialah Lotus, Burger King dan Woodfire. Ramai cakap dah tak perlu ke JB la, ke Parit Raja la. Aku pun excited. Masalahnya, sekarang banyak franchise yang kekurangan staff sebab ramai yang nak kerja lebih fleksibel dan pendapatan tinggi. Betul tak kalau aku cakap ramai yang prefer kerja Food Panda dan Grab Food? Atau jadi influencer dan buat live Tiktok? Freelancing WFH, online business. 

Review Kedai Laman Niaga Railway Popinut


Review Popinut

Popinut ni sebenarnya popia inti pisang topping nutella. Boleh pilih nak topping lain macam cornflakes, oreo atau biscoff. Macam-macam ada. Aku suka popinut sebab crunchy, tak berminyak sangat. Pisang ranum manis dan kena bila ganding dengan nutella. Harga untuk 5 biji popia RM10. Aku selalu beli dekat kedai MPK konsep kereta api ni. Lokasi Laman Niaga Railway ialah di Jalan Ciku, Kampung Masjid Lama, Kluang. Dekat je dengan Flat Haji Manan.

Aku memang teringin durian crepe ni sebab tak puas makan durian. Bolehlah buat hilang craving. Harga dah naik dari RM25 sekarang RM30 pula. Actually aku sedikit kecewa sebab Secret Recipe tak bawa masuk kek durian. Kalau nak, kena order 2 minggu awal dan beli whole cake. Serious ah. 

Laman Niaga Railway Jalan Ciku pernah jadi isu sebelum ni sendu sebab ramai tak tahu dan peniaga pun ada yang tak buka kedai. Salah satu puncanya sebab MPK tak bagi letak kerusi meja untuk dine-in, so selalu take away je la kat sini. Ada gerai burger, sate, ayam penyet dan makanan panas. Antara yang aku nak try  nanti sotong kangkung dan nasi lemak basmathi. Weh kalau korang nak tahu banyak isu juga projek MPK dekat Kluang ni. Salah satunya projek kiosk laman niaga dekat dengan busten. Sekarang tengah renovate sebab sebelum ni membelakangkan jalan so ramai tak tahu/tak singgah. 





REview ZUS Coffee

ZUS Coffee ni kalau dah boring dengan kopi bersusu macam hazelnut latte atau caramel macchiato ke, cubalah Thunder ni memang WOW pahit dia. Americano campur sparkling dan sedikit honey lemon syrup. Berdengung kepala minum. 


Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu