Bila Muiz Hot Chicken dah buka di Kluang, aku memang excited nak cuba. Awal dulu timing niaga dia out sikit sebab sampai pukul 5, cuti pun hari Ahad. Sekarang di lokasi baru pula dah extend sampai malam.
Review ayam goreng
Muiz Hot Chicken
Lokasi baru: No 24 Jalan Anggerik, Kg Melayu, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi:
Khamis - Selasa: 12.00 t/hari - 9.00 malam
Jumaat: 2.30 petang - 9.00 malam
Rabu: Cuti
Jumaat: 2.30 petang - 9.00 malam
Rabu: Cuti
Menu dan Harga Muiz Hot Chicken
Texas Chicken Caesar Kimchi
Aku actually tak meletakkan harapan yang tinggi untuk ayam Caesar Kimchi (CK) ni. Sebab aku tak minat sangat kimchi ni. Bila beli dekat Aeon ke, selalu dapat yang terlalu masin. Macam kena basuh dulu sebelum makan haha. Pernah tau craving nak makan kimchi masa pregnant. Tapi kecewa betul bila tak menepati selera. Sedap makan kat kedai Korea je la, itupun diorang kata bukan kimchi betul sebab tu yang kena dengan tekak Melayu. Bila bau ayam CK ni, memang ada aroma masam dari kimchi. Tapi bila makan tak kuat sangat rasa masam tu, pedas sederhana. Taburan serbuk tu rasa masin. Masam masin la rasa ayam ni. Sos putih Caesar tu aku rasa macam mayo. Tak ada pun tak apalah, dah la calit gitu je. Bukan dipping sauce taw macam dalam gambar promo. Nasi Texas sedap sangat, korang patut cuba. Rasa macam nasi ayam dan fluffy.
Marrybrown Oishii Japan
Oishii Japan kali ni adalah gabungan sos teriyaki manis dan wasabi. Kalau biasa makan Sushi King, gabungan sos ni memang familiar la. Untuk yang tak biasa dengan rasa wasabi, akan rasa pelik sikit. Sebab wasabi tu memang sharp menyengat hidung. Rasa pedas wasabi ni kejap je dekat mulut, more rasa panas kat tekak haha. Bila gabung dengan teriyaki yang manis dan pekat ni, tak rasa pedas pun. Kalau aku nak repeat, aku prefer burger untuk rasa yang lebih balance. Overall perisa kali ni untuk Texas Chicken dan Marrybrown memang unik tapi tak cukup padu bagi aku. Aku prefer ayam goreng yang pedas-pedas haha.
2 Ulasan
semuanya sedap dimakan. ayam tu nampak rangup sekali. Yummy......
BalasPadamBetul rangup makan panas-panas
Padam