Sebelum aku review Paksyerr Char Kuey Teow , bila dengar berita Mizz Nina dan Noh Hujan bercerai aku agak sedih dan terkejut jugalah. Sebab aku baru je baca diorang ambil anak angkat. Mizz Nina berjaya mahramkan anak angkatnya menerusi induced lactation. Aku kalau pasal breastfeeding memang support habis. Tup-tup jodoh tak lama.Waktu zaman kolej dulu, Mizz Nina ni memang terkenal sebab penghijrahan dia. Ramai la yang ship termasuklah aku. Kahwin pula dengan Noh Hujan yang karyanya sangat kena dengan golongan yang nak keluar dari mainstream.
Tapi agak menjengkelkan pula bila aku dengar radio Era tadi. Entah siapa DJ India dia cerita pasal Mizz Nina bercerai, tiba-tiba seorang lagi DJ Melayu tegur tak payahlah pertikaikan hal-hal jodoh ajal maut ni. Adeh. Belum reda isu perceraian, dapat berita YB Nurul Izzah Anwar berkahwin untuk kali kedua dengan pasangannya Yin Shao Loong. Dia antara orang popular yang aku follow waktu zaman kolej dulu di samping Mat Luthfi. Ada satu talk tu aku pergi tapi tak dengar habis pun, YB Nurul Izzah cakap pasal education Malaysia teruk haha. Mat Luthfi pun aku dah tak tahu apa cerita. Kalau dia masuk Tiktok mesti famous balik. Lawak kot dia.
4 Ulasan
Terkejut kan dengan berita penceraian Mizz Nina dan Noh. Macam tak percaya. Walaubagaimana pun, kita doakan yang baik² je untuk dorang.
BalasPadamYe betul, Amin...
PadamMoga perkahwinan Nurul Izzah kekal hingga ke syurga.
BalasPadamAmin... Suka tengok Nurul Izzah sebab lawa hehe
Padam