Rotiboy baru saja launch outlet pertama di Kluang beberapa hari yang lepas. Surprisingly diorang buka di Petron Taman Makmur instead of Kluang Mall (KM). Sebab apa? Sebab dekat KM dah ada Mammabunz yang jual Mexican bun juga. Untuk makluman korang, Mammabunz ada satu lagi outlet di Econsave. Laju buat kerja. Pappa Roti pernah ada dekat Kluang Mall tapi dah lama tutup. Tak sure sebab apa.
Rotiboy Petron Taman Makmur
3 Jenis Rotiboy
Sebelum gerak dari rumah dah terfikir nak belikan Adam apa, sebab Rotiboy ni sah-sah roti kopi. Rupa-rupanya ada pilihan non-coffee iaitu buttermilk dan cheese. Memang sedap makan panas-panas. Topping kopi masih rangup, roti lembut gebu dan ada sedikit butter di dalamnya. Untuk Rotiboy ni, rasa tak terlalu manis sampai sakit gigi. Buttermilk pula ada topping beberapa biji cip coklat, intinya sedikit intense rasa masin berlemak. Cheeseboy pula berintikan cheese cream, balance rasa manis dan lemak. Topping pula ada cheddar cheese. Seakan-akan menikmati Korean Garlic Cheese bun.
10 Ulasan
Saya pun rasa Rotiboy paling sedap banding brand lain
BalasPadamSetuju!
Padamkunjungan perdana. jangan lupa mampir kak
BalasPadamBaik tq
PadamSaya pun suka rotiboy. Cicah dengan teh panas2 sedapnya!
BalasPadamMemang kena lawan dengan air panas roti ni paduu
Padamwah sedapnya rotiboy, aritupun mama ada beli kat petron federal highway gak
BalasPadamRasa diorang collab dengan Petron kan Mama
PadamSedap ni, makan rotiboy dengan kopi panas.
BalasPadamGandingan yang paling sedap!
Padam