Rotiboy Petron Taman Makmur

Rotiboy baru saja launch outlet pertama di Kluang beberapa hari yang lepas. Surprisingly diorang buka di Petron Taman Makmur instead of Kluang Mall (KM). Sebab apa? Sebab dekat KM dah ada Mammabunz yang jual Mexican bun juga. Untuk makluman korang, Mammabunz ada satu lagi outlet di Econsave. Laju buat kerja. Pappa Roti pernah ada dekat Kluang Mall tapi dah lama tutup. Tak sure sebab apa.

Rotiboy Petron Taman Makmur 

3 Jenis Rotiboy 

Sebelum gerak dari rumah dah terfikir nak belikan Adam apa, sebab Rotiboy ni sah-sah roti kopi. Rupa-rupanya ada pilihan non-coffee iaitu buttermilk dan cheese. Memang sedap makan panas-panas. Topping kopi masih rangup, roti lembut gebu dan ada sedikit butter di dalamnya. Untuk Rotiboy ni, rasa tak terlalu manis sampai sakit gigi. Buttermilk pula ada topping beberapa biji cip coklat, intinya sedikit intense rasa masin berlemak. Cheeseboy pula berintikan cheese cream, balance rasa manis dan lemak. Topping pula ada cheddar cheese. Seakan-akan menikmati Korean Garlic Cheese bun. 

rotiboy menu dan harga


Menu dan Harga Rotiboy

rotiboy menu dan harga

Selain Rotiboy, ada pilihan roti lain dan kek potong. Air pula ada air soya untuk digandingkan bersama. Tapi aku tak beli soya, beli kopi baru padu. Singgah di myNEWS selang beberapa kedai je dari Petron. Beli kopi dari mesin layan diri. Bezanya ada kopi panas sahaja, berbanding outlet bandar yang ada kopi ais. Aku beli latte, memang sedap bila ganding dengan roti manis. 




Mammabunz Econsave dan Kluang Mall 


Berbanding Rotiboy, Mammabunz ada 2 jenis topping sahaja iaitu kopi dan butter bermula dengan harga RM3.20. Aku pernah rasa sekali je. Kalau nak bandingkan dengan mexican bun lain, aku lebih enjoy makan Rotiboy. 


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Saya pun rasa Rotiboy paling sedap banding brand lain

    BalasPadam
  2. kunjungan perdana. jangan lupa mampir kak

    BalasPadam
  3. Saya pun suka rotiboy. Cicah dengan teh panas2 sedapnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena lawan dengan air panas roti ni paduu

      Padam
  4. wah sedapnya rotiboy, aritupun mama ada beli kat petron federal highway gak

    BalasPadam
  5. Sedap ni, makan rotiboy dengan kopi panas.

    BalasPadam

Close Menu